
Perkongsian terbaharu ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo di Instagram mengundang perhatian ramai apabila memuat naik foto yang memperlihatkan tatu pada bahagian belakang badannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Sabronzo Diam Tak Ucap ‘Merry Christmas’
Artikel Berkaitan: Dolla Pilih Tidak Rakam Semula Muzik Video ‘Question’, Peminat Luar Negara Masih Boleh Tonton
Tatu kambing?

Menerusi hantaran tersebut, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 31, berkongsi tiga foto memaparkan dirinya dalam posing berbeza.
Antara gambar yang dikongsikan ialah dia sedang berbaring di atas sofa, mencangkung, serta satu foto dirakam dari arah belakang.
Bagaimanapun, foto terakhir itu mencuri tumpuan apabila memaparkan tatu bercorak seakan-akan tanduk kambing pada bahagian belakang badannya.
Tanpa kapsyen panjang, penyanyi itu hanya meninggalkan emoji kambing sebagai pelengkap hantaran berkenaan.
Malah, Sabronzo turut menandakan akaun Instagram @thehennalab yang dipercayai merupakan lokasi tatu tersebut dihasilkan.
Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan sama ada tatu berkenaan adalah kekal atau sekadar tatu sementara yang boleh ditanggalkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berpendapat perkongsian itu mungkin sekadar gimik promosi menjelang pelancaran lagu baharu Dolla yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Sumber: Instagram








