
Selain memberi tumpuan kepada persiapan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi dan komposer, Aisha Retno memberitahu telah menyusun jadualnya sebaik mungkin kerana mempunyai beberapa acara penting lain dalam tempoh terdekat.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Terlupa Hari Lahir Gara-Gara Sibuk Buat Persiapan AJL40, Kahwin Masih Dalam Wishlist
Jadual padat

Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata, dia perlu bijak membahagikan masa dan tenaga memandangkan minggu ini cukup sibuk buatnya.
Saya ada pasukan yang akan membantu koordinasi uruskan semua perkara tersebut. Saya perlu kekal tenang dan simpan tenaga.
Sabtu saya ada AJL40 dan Pestapora. Ahad pula insya-Allah saya akan menjurikan Final Big Stage.
Pada hari Sabtu untuk Pestapora, bilangan lagu yang akan saya sampaikan mungkin tidak sebanyak yang kalian jangkakan. Sebab saya perlu simpan tenaga untuk AJL40 pada malam hari.
Esok harinya, pada Ahad saya perlu menjadi juri untuk konsert akhir Big Stage. Juga perlukan tenaga. Kemudian Isnin dah mula latihan untuk PGL (Puteri Gunung Ledang).
Aisha berkata demikian ketika ditemui pada acara Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aisha yang bakal mempertaruhkan lagu Tak Adil di pentas AJL40 berkata, dia perlu memastikan kesihatan mental dan fizikal berada pada tahap terbaik bagi menghadapi jadual padat berkenaan.
Saya perlu pastikan tahap kesihatan mental dan fizikal sentiasa dalam keadaan baik. Memang susah nak jaga mental dan fizikal secara konsisten.
Saya akan sentiasa cari masa untuk dapatkan rehat yang cukup. Jika ada tugas kerja, sementara menunggu giliran saya untuk kerja atau menyanyi, saya akan duduk di satu ruang untuk lelapkan mata dan rehat.
Apabila giliran saya bekerja atau menyanyi, saya akan bangun dan gunakan tenaga untuk kerja. Saya perlu meletakkan penempatan tenaga pada tempat yang betul.






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

