Dalam kehidupan seharian, berhias untuk kelihatan cantik sudah menjadi sesuatu yang sinonim dalam kalangan wanita.

Artikel Berkaitan: Hukum Berwuduk Dalam Keadaan Tidak Berpakaian

Artikel Berkaitan: Pandangan Ulama Mengenai Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat

Air sampai ke seluruh anggota yang diwajibkan basuh

Sama ada di rumah atau ketika menghadiri majlis, pemakaian solekan dan pewarna kuku (nail polish) sering menjadi pilihan untuk menaikkan keyakinan diri serta menyerlahkan penampilan.

Namun, timbul persoalan penting bagi setiap wanita Muslim kerana ianya menyentuh soal kesucian ibadah yang menjadi tunjang kehidupan sebagai seorang Muslimah.

Pada asasnya, pemakaian pewarna kuku adalah diharuskan dalam Islam, kerana ia termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mencantikkan diri.

Bahkan, pada zaman Rasulullah S.A.W., kaum wanita turut menghiasi kuku mereka dengan inai, dan amalan ini tidak pernah ditegah.

Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan pewarna kuku untuk tujuan kecantikan bukanlah sesuatu yang dilarang dalam agama.

Malah, terdapat riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. menggalakkan kaum wanita untuk mewarnakan kuku mereka sebagai salah satu cara dalam membezakan antara jari perempuan dengan lelaki.

Walau bagaimanapun, ketika memilih pewarna kuku, seseorang itu perlu meneliti kandungan bahan yang digunakan terlebih dahulu dan memastikan ia bebas daripada unsur haram atau syubhah.

Selain itu, aspek yang lebih penting bagi wanita Muslim ialah memastikan kesahan wuduk.

Ini kerana salah satu syarat sah wuduk ialah air mesti sampai ke semua anggota yang diwajibkan dibasuh, termasuk tangan dari hujung jari hingga ke siku.

Dalam hal ini, keadaan tersebut menimbulkan perbezaan bergantung kepada jenis pewarna kuku yang digunakan.

Terdapat pewarna kuku yang bersifat tembus air, di mana air wuduk dapat menembusi dan sampai ke permukaan kuku, menjadikan wuduk tetap sah.

Sebaliknya, terdapat juga pewarna kuku yang bersifat kalis air yang menghalang air daripada sampai ke kuku, dan jenis ini boleh menyebabkan wuduk menjadi tidak sah, kerana anggota wuduk tidak disucikan sepenuhnya seperti yang dituntut oleh syarak.

Sumber: Hijabista, Bincang Syariah