Nama Hafidz Roshdi menjadi panas sejak dakwaan curang, kemelut rumah tangga dan diikuti dengan perintah Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu yang memerintahkan pelakon itu dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Shuhada Saling Balas Surat Terbuka, Athira Yuhada Tanya, ‘Dah Solat Ke?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Masih Ada Rasa Cinta Terhadap Shuhada
Nota untuk sahabat
Kontroversi Hafidz yang sudah berminggu menjadi topik hangat turut mencuri perhatian aktor Sharnaaz Ahmad untuk bersuara.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Sharnaaz menitipkan kata semangat agar Hafidz terus kuat dengan dugaan yang menimpa dirinya bertubi-tubi.
Aktor berumur 37 tahun itu mendoakan agar Hafidz kembali sihat dan menyelesaikan pertikaian yang telah berlaku.
Cuba ambik yang positif
Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menggesa pengikut akaun Instagramnya untuk tidak lagi mencurah minyak ke dalam api.
Bapa kepada Jebat Jayden turut mendoakan agar Nurul Shuhada menemui kebahagiaan diri meskipun tidak lagi bersama pelakon filem Pusaka.
Terdahulu, Hafidz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu selepas hakim membaca pertuduhan berhubung kes menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada 2 Mac lalu.
Hakim yang bertindak sebagai Majistret walau bagaimanapun telah memerintahkan Hafidz diikat jamin sebanyak RM4000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga meletakkan syarat lain iaitu dia perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Syarat yang kedua, dia tidak boleh menganggu mangsa sepanjang kes berlangsung manakala syarat yang ketiga pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.
Sumber: Instagram