Seusai sahaja selesai proses ikat jamin, pelakon Hafidz Roshdi ditemui di perkarangan Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk memberikan keterangan lanjut berhubung dakwaan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada sebanyak tiga kali.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Tiba Di Mahkamah Dengan Tenang, Pakai Jaket & Spek Mata Hitam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah, Mahkamah Perintah Jalani Pemeriksaan Mental Di Hospital Bahagia
Mahu berdamai
Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, ruang pendamaian sentiasa terbuka antara mereka untuk memperbaiki semula hubungan yang sudah retak.
Ruang untuk berdamai dengan Shuhada sentiasa terbuka, insyaaAllah.
Saya masih ada rasa cinta terhadap Shuhada. Saya juga akan cuba yang terbaik.
Tidak pernah terlintas di lubuk fikiran saya bahawa pada hari ini saya berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi.
Rindu terhadap anak-anak
@ohbulanofficial “Saya akan cuba yang terbaik” – Hafidz Roshdi #ohbulan #fyp #viral #hafidzroshdi #mengaku #tidak #bersalah #pergi #hospital #bahagia ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa sudah dua minggu dia tidak bertemu dengan anak-anaknya dan dia kelihatan sebak ketika mengungkapkan kata sayang terhadap anaknya yang berusia enam dan dua tahun itu.
Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar. Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian.
Terdahulu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini selepas hakim membaca pertuduhan berhubung kes menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada 2 Mac lalu.
Hakim yang bertindak sebagai Majistret walau bagaimanapun telah memerintahkan Hafidz diikat jamin sebanyak RM4000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga meletakkan syarat lain iaitu dia perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Syarat yang kedua, dia tidak boleh menganggu mangsa sepanjang kes berlangsung manakala syarat yang ketiga pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.