berita

‘Sahabat Sendiri Boleh Iri Hati & Aniaya’ – Nabila Huda Kecil Hati Orang Sekeliling Ada Sifat Hasad Dengki?

March 15th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa kecil hati apabila mendapat tahu bahawa orang disekeliling mempunyai sifat hasad dengki terhadap dirinya.

Artikel berkaitan: Nabila Huda Bawa D’Masiv Ke Kuala Lumpur, Adakan Konsert Pada 2 Jun Ini

Cakap buruk di belakang saya

Semalam, ada berita yang buat saya kecil hati. Some people around this EO thingy, never ending story punya hasad dengki. You talk shit behind my back. Talking about the company di seberang, menfitnah untuk tabur pasir dalam periuk nasi sahabat sendiri..Terima kasih.

Meskipun ada pihak ingin menjatuhkan dirinya, anak kepada penyanyi rock, Amy Search ini berkata dia sudah memaafkan individu tersebut.

Saya memaafkan kamu. Memaafkan lebih baik dari membalas. Inilah masalah bila kita terlalu baik, terlalu humble, terlalu senyum, dalam kita tak sedar, sahabat sendiri boleh iri hati dengan kita. Sahabat sendiri boleh menganiaya kita. Kita ni nak cerita pasal bangsa lain itu ini, agama lain itu ini.

Tapi depan mata, melayu sendiri nak jatu kan melayu. Melayu sendiri yang dengki dengan sesama sendiri. Tak pernah nak berdamai. Ada je iri hati. Bila nak habis pun tak tahu lah. Tapi yang bagusnya orang-orang yang selalu dianiaya ni, dia tak perlu cari. Berita itu yang datang dengan sendiri di telinga tak kira lah berapa jauh pun. Tetap akan sampai.

Tambah Nabila Huda, dia boleh sahaja bercerita mengenai keburukan dan kelemahan sesiapa dengan niat untuk menjatuhkan. Namun begitu, dia tidak tergamak untuk melakukan hal tersebut dan tidak mahu menambah musuh.

Nak membenci sesama sendiri? Ishh, useless nya hidup kalau ada perasaan dekat atas ni. Sampai mati pun hidup tak dapat berkat.

Nabila turut memberi pesanan kepada semua pihak agar percaya pada rezeki masing-masing. Ini kerana, rezeki datang dengan pelbagai cara.

Masing-masing ada bahagian masing-masing. Kadang rezeki tu, milik kita. Kadang rezeki itu untuk dikongsikan. Dan ada juga rezeki bukan milik kita. Tak perlu ada rasa iri hati tu. Tak bagus.

Terdahulu, Nabila memberitahu dia akan membawa kumpulan terkenal Indonesia, D’Masiv untuk mengadakan konsert D’Masiv Road To The di Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun 2023.

Sumber: Nabila Huda

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×