
Pelakon Norish Karman berkongsi tentang hasrat dan impiannya jika dilimpahkan dengan rezeki wang sebanyak RM200,000.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Norish Karman Perjelas Dakwaan Tak Bekerja – ‘Dari Umur 13 Lagi Sudah Mula Berniaga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Tanggung Empat Anak Angkat, Bukan Mengemis Minta Duit – ‘Kereta Dah Layak Masuk Longkang’
Norish Karman tak lari dari hutang
Menerusi perkongsian di podcast Bukak Mulut, Norish atau nama lengkapnya Nor’ashikin Karman, 52, berkata, dia berhasrat untuk membuka perniagaan berasaskan makanan dan minuman andai mempunyai wang tersebut.
Sebenar-benarnya kami pencinta F&B (food & beverages), kami nak buka warung atau kedai kecil untuk kita berniaga.
Dari situ orang boleh datang, sebab ramai sangat pencinta-pencinta jenama kami dan tanya bila kami nak buka kedai.
Mungkin itu yang kami akan buat, bukan keseluruhan RM200,000 itu. Kami akan gunakan sebahagian sahaja.
Selain itu, Norish juga mahu menggunakan sebahagian dari wang tersebut untuk melangsaikan hutang yang dipinjam daripada rakan-rakannya.
Dalam masa sama, Norish berharap agar individu yang meminjamkan wang kepadanya tidak melemparkan tomahan di media sosial, sebaliknya dia sedia untuk berbincang secara baik dengan mereka.
Sebahagiannya kami akan bayar hutang-hutang sahabat-sahabat yang telah bantu kami.
Untuk sahabat-sahabat yang di luar sana, yang rasa nak tuntut hutang boleh je DM (direct message), PM (private message) kita. Tak perlu nak memburukkan kita dalam Facebook.
Tak perlu bergandingan dengan mana-mana blogger mengatakan yang saya ini konon-kononnya scammer.
Kalau saya scammer, saya takkan keluar begini. Saya duduk di rumah dan teruskan kegiatan scam saya.
Saya hanya seorang ibu tunggal yang berjuang untuk anak-anak itu sahaja.
Tambah aktres yang terkenal menerusi drama Spa Q itu, dia juga mahu menggunakan wang berkenaan untuk mendapatkan insuran buat anak-anaknya.
Duit RM200,000 itu tak banyak sebenarnya untuk zaman sekarang ini, tetapi kita boleh menjadikan sesuatu yang lebih banyak kalau kita betul-betul jaga kewangan itu.
Selain buka warung dan bayar hutang, kami mungkin akan pastikan ada lagi simpanan untuk tahun berikutnya.
Mungkin juga saya mahu dapatkan insuran untuk lapan orang anak-anak saya. Itu sahaja, tiada langsung untuk saya.
Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Norish mahu membeli kereta menggunakan wang RM200,000 yang diberikan oleh usahawan Datuk Aliff Syukri.
Bagaimanapun, Norish dan Aliff tampil menafikan dakwaan pemberian wang tersebut.
Sumber: IG MyAudio Plus








