berita

Sajikan Segmen Menarik Buat Penonton, Helo Doktor Musim Keenam Tampilkan Trio Wajah Baharu

February 23rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Helo Doktor musim ke-6 telah kembali membuka tirai pada awal tahun 2023 dengan memperkenalkan hos Anim Ezati Rizki dan wajah baharu, Nadia Azmi dan Adriana Adnan.

Helo Doktor tampilkan trio hebat

Rancangan kegemaran ramai ini bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 5.30 petang di TV3, dan strim langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my. Apa yang istimewanya, pada musim ini, Helo Doktor menyajikan segmen baharu termasuk segmen Doctor In The House, Diari Doktor dan Fakta Atau Mitos.

Bagi segmen Doctor In The House, pegawai perubatan terkenal iaitu Dr Malar Santhi Santherasegapan akan berkongsikan tentang panduan keselamatan, tips serta langkah pertama yang harus dilakukan dalam situasi kecemasan. Manakala bagi segmen Diari Doktor, akan menyelami rutin harian dan sebalik tabir kehidupan seorang figura bidang perubatan dan kesihatan.

Selain itu, segmen Fakta Atau Mitos akan merungkai segala mitos dan mencari sejauh mana kebenaran sesuatu fakta itu dalam dunia perubatan yang akan dirungkaikan oleh pakar-pakar industri menerusi tayangan video khas.

Jadi, jangan lepaskan peluang menonton sambil menimba ilmu perubatan dalam rancangan Helo Doktor yang akan ditayangkan setiap Ahad jam 5:30 petang di TV3.

Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), atau tonton menerusi myFreeview CH103, Astro CH103, unifi CH103, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

SKIP THIS AD ×