Nama pelakon, Nelydia Senrose menjadi perbualan dalam kalangan netizen apabila foto dirinya tidak bertudung semasa bercuti bersama ahli keluarga tersebar.
Mana tudung Nelydia?
Difahamkan, Nelydia dan keluarga sedang bercuti di Bali Indonesia. Pelakon ‘Khilaf Asmara’ itu dilihat gembira melakukan aktiviti santai bersama adiknya iaitu Raysha Rizrose sehingga didakwa tidak perasan memuat naik foto tanpa memakai tudung di Instagram Story. Menerusi beberapa foto dan posting tersebut, netizen mempersoalkan sama ada Nelydia benar-benar mahu berhijrah ataupun tidak.
Buat pengetahuan korang, Nelydia mula bertudung sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga pada bulan Disember tahun lalu. Penampilan Nelydia sewaktu memakai tudung ternyata mendapat pujian ramai pihak. Tidak kurang yang mendoakan dirinya untuk terus istiqamah.
Selangkah demi selangkah
Terdahulu, Nelydia berkata, dia mahu menjalani penghijrahan ini selangkah demi selangkah dan pasti.
Saya cuma tak berani nak cakap lebih. Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z. Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya. Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.
Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik.
Pada masa yang sama, Nelydia akur sebagai insan yang sentiasa diuji, terbit kebimbangan hatinya sebagai manusia yang mudah rapuh dan berbolak-balik. Tambahnyam dia tidak takut kehilangan rezeki apabila memilih bertudung kerana percaya pada aturan yang ditetapkan Allah.
Sumber: Harian Metro