berita

Sakan Main Papan Luncur, Remaja Maut Kepala Terhempas Di Landasan Kereta Api

February 22nd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Foto: New York Post

Seorang remaja lelaki di New York, Amerika Syarikat maut selepas kepalanya terhempas pada struktur landasan kereta api ketika kenderaan itu sedang merentasi Jambatan Williamsburg Bridge, petang Isnin lalu.

Artikel Berkaitan: Tak Tahan Dengan Tekanan Di Media Sosial, Model Ambil Nyawa Sendiri

Artikel Berkaitan: Lelaki Sakit Mental Dipukul Remaja Lelaki Sampai Mati

Meluncur atas kereta api bergerak

Foto: New York Post

Difahamkan remaja berkenaan telah menaiki bumbung kereta api J arah utara yang menuju ke seberang jambatan untuk bermain papan luncur. Bagaimanapun, mangsa terjatuh di bawah kereta api dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Jabatan polis New York (NYPD), mangsa merupakan remaja berusia 15 tahun namun identiti mangsa masih belum disahkan berikutan menunggu pengesahan daripada ahli keluarga.

Sementara itu, pihak Metropolitan Transportation Authority (MTA) telah menghentikan perkhidmatan kereta api yang terlibat antara stesen Marcy Av dan Delancey St-Essex St selama beberapa jam ketika proses siasatan dilakukan.

Dalam pada itu, satu kenyataan oleh Presiden New York City Transit Richard Davey, memberi amaran berhubung bahaya perbuatan meluncur di kereta api.

Kami sangat menekankan betapa berbahayanya meluncur di luar kereta api. Kami memohon ahli keluarga yang lain untuk bercakap dengan anak-anak mereka tentang bahaya sebenar perkara yang kelihatan seperti menyeronokkan tetapi terlalu kerap membawa maut.

Sebelum ini, dilaporkan beberapa orang remaja cedera parah serta terbunuh ketika meluncur kereta api bawah tanah sejak tahun lalu. Malah, peningkatan kes ini disebabkan oleh kegiatan berbahaya itu dikongsikan di media sosial.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×