Penyanyi Kalis Rindu, Elyana sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak 7 tahun lalu. Sebelum ini, Elyana mengambil keputusan untuk deactivate akaun Instagram dari membaca kata-kata negatif netizen.
Artikel berkaitan: Bergelut Lawan Sakit, Elyana Mengamuk Baca Komen Followers Biadap
Bagaimanapun, dia perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap rawatan radioterapi. Terbaru, Elyana kongsi pengalaman sepanjang menjalani rawatan radioterapi di mana dia terpaksa kuat menghadapi 11 kali rawatan itu.
Memang sakit
Elyana terpaksa kuat dan bersabar dengan rawatan radioterapi meskipun rasa sakit terpaksa ditanggungnya. Dia juga kongsi pengalaman daripada kesan rawatan itu termasuk kulit terbakar, kusam, berjerawat dan keguguran rambut.
Saya baru saja habis rawatan ini. Pada awalnya saya kena buat 10 kali radioterapi. Tetapi selepas habis, doktor nak tambah lima kali lagi. Namun, selepas melihat tindak balas baik ubat radiotertapi dengan badan saya, jadi doktor kurangkan kepada dua kali.
Memandangkan saya jenis yang tak ikut betul-betul, saya hanya buat sekali saja. Satu lagi sesi saya ponteng. Keseluruhan saya kena 11 kali radioterapi. Diakui, ia memang sakit. Cuma kalau nak dibandingkan dengan kimoterapi yang lebih perit, radioterapi saya masih boleh sabar.Habis saja rawatan ini, mulut penuh ulser hingga susah nak makan dan minum. Malah, sepanjang rawatan ini, kulit saya terbakar, hitam, kusam, berjerawat dan rambut gugur. Pendek kata memang teruk.
Badan memang lemah
Sementara itu, penyanyi Tak Tercapai Akalmu ini turut dia agak tertekan dan emosi kurang stabil sepanjang menjalani rawatan tersebut. Sehingga dia terpaksa membuat keputusan untuk menutup seketika laman sosial Instagram rasminya itu.
Macam kimoterapi juga, selepas buat rawatan, badan memang lemah dan tak kuat. Kadang demam dan kadang okey. Walaupun ada ketikanya tertekan, tapi saya kena ceria dan layankan saja. Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup Instagram selama dua minggu.
Terima kasih buat anda yang sudah mendoakan kesihatan saya. Malah ada yang sudi buat buat solat hajat untuk saya. Biarpun tak dapat nak ucapkan depan-depan, saya sangat hargai. Terima kasih banyak-banyak.
Kalau nak tahu, selama saya tutup sementara IG, saya rindukan peminat yang baik-baik. Mereka juga sumber kekuatan saya.
Sumber: Metro