
Seorang usahawan meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan keputusannya berkahwin dengan lelaki berdarah campuran Cina-India (Chindian) yang juga seorang mualaf.
Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Bukan Satu Perjudian, Patut Layan Aku Macam Sampah’ – Isteri Faisal Halim
Salah ke kahwin Chindian?

Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan wanita itu mengakui sedih apabila niat sucinya untuk membina keluarga bahagia bersama suami tercinta dipersoalkan hanya kerana perbezaan kaum.
Kadang-kadang tak faham, salah ke berkahwin dengan Chindian? Padahal semua lelaki Melayu atau India atau Cina baik-baik belaka. Suami saya mualaf sudah lima tahun peluk Islam.
Lebih membuatnya berasa terkilan apabila pertikaian tersebut datang daripada segelintir lelaki Islam.
Kadang-kadang rasa macam terkilan dengan lelaki Islam yang mempertikaikan macam-macam.
Walaupun menerima pelbagai tanggapan negatif, usahawan itu tetap melihat dari sudut positif dan berdoa agar rumah tangganya terus dirahmati.
Doakan yang baik-baik sahaja, pasti nanti berbalik juga yang baik-baik. Saya bersyukur dengan rezeki ini, alhamdulillah. Saya sangat sayang dengan suami dan anak-anak.
Sumber: TikTok

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)
