Bercakap dengan seseorang yang kita tidak kenali mungkin menjadi suatu perkara yang janggal. Betul tak? Namun, siapa sangka lelaki ini mampu memperoleh kata-kata semangat sewaktu bersembang dengan seorang pemandu Grab. Menurut lelaki yang dikenali sebagai Arwind, dia bukan sahaja menjadi pelanggan pertama pemandu tersebut malah kagum dengan usaha dan sikap rajin pemandu itu. Terbaik!
Many of us sit in our comfort zones
https://www.instagram.com/p/B7aui4SJ8Sd/
Menerusi Instagram Arwind, dia berkongsi kisah detik pertemuan di antara dirinya dengan pak cik Mokhranim. Menurutnya, pak cik tersebut merupakan pemandu Grab yang membawanya ke Midvalley. Sepanjang perjalanan tersebut, mereka sempat berbual dan antara soalan yang diajukan Arwind kepada pak cik tersebut ialah ‘Mengapa pak cik pilih untuk memandu Grab’? Ternyata jawapan yang diberikan oleh pak cik itu untuk sungguh mengagumkan iaitu mengisi masa lapang yang terluang dan ingin mencuba sesuatu yang baru.
Pada masa yang sama, pak cik tersebut turut berpesan bahawa umur bukan penghalang untuk seseorang mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika tidak mencuba, manusia tidak akan mengetahui sama ada dia boleh melakukan atau tidak. Sepanjang tempoh perjalanan selama 45 minit itu, Arwind turut memberitahu bahawa pak cik tersebut baru sahaja belajar menggunakan aplikasi Google Maps dan Waze.
Really makes our day
Rata-rata netizen meninggalkan komen gembira setelah membaca perkongsian Arwind. Menurut mereka, sesetengah pemandu Grab mempunyai sikap yang sangat peramah dan suka beerkongsi pengalaman mereka.
Sumber: Arwind Kumar