berita

Kurang Dari Separuh Pemandu Lulus PSV, Penumpang Grab Mungkin Perlu Tunggu Lebih Lama

October 10th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini memaklumkan pemandu perkhidmatan e-hailing diwajibkan memiliki Lesen Vokasional (PSV-Teksi/E-hailing) selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Pendekatan ini diambil untuk meletakkan pemandu e-hailing sama dengan pemandu Teksi. Pemandu e-hailing juga diharuskan membuat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM. Terbaru, GRAB menerusi siaran media mensasarkan 150,000 pemandu berdaftar menjalani prosedur PSV.

41% lulus lesen PSV

Seperti yang telah diketahui ramai, penguatkuasaan undang-undang e-hailing ini akan berkuatkuasa pada 12 Oktober 2019. Walaupun telah diumumkan pada tahun lepas, proses permohonan untuk lesen PSV hanya bermula pada bulan April tahun ini.

Memetik kenyataan media itu lagi, ini merupakan satu tugas penting bagi agensi kerajaan dan pemandu untuk melalui proses kawal selia yang belum pernah terjadi sebelum ini. Oleh itu, GRAB mensasarkan sekurang-kurangnya 150,00 pemandu menjalani proses PSV.

Namun setakat ini, 41% telah mempunyai lesen PSV manakala 24% lagi masih dalam proses menunggu dan 22% lagi terkeluar dari proses PSV.

Tidak wajib cetak permit EVP

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan pemandu tidak wajib untuk mencetak salinan permit kenderaan e-hailing (EVP) dan pemandu tidak perlu hadir ke JPJ untuk menukar kod kenderaan. Pendaftaran kenderaan e-hailing juga tidak akan disenaraikan dalam geran kenderaan.

Asalkan sudah dapat lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau lulus ujian, pemandu boleh terus memandu. Setakat ini 69,053 calon sudah lulus ujian PSV, mereka boleh terus memandu walaupun belum dapat kad PSV, tiada masalah.

JPJ juga akan mewujudkan satu kod khas bagi kenderaan persendirian e-hailing menggunakan kod ringkasan ‘AH’ dalam sistem mySIKAP.

Maklumat itu akan ditukar kod kegunaan secara automatik kepada kod AH dalam mySlKAP oleh JPJ dan ini hanya untuk tujuan pentadbiran, ia tidak tertera pada geran atau mana-mana dokumen. Jadi, tiada masalah kalau mahu jual kenderaan itu nanti.

Tambahnya lagi, proses mendaftar status kenderaan dilaksanakan melalui saluran maklumat Permit Kenderaan e-hailing (eVP) oleh agensi berkaitan.

Masa menunggu lebih lama

Grab sangat menghargai kerjasama menteri untuk mengurangkan beban komuniti pemandu. Oleh itu, Grab akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, JPJ, APAD dan PUSPAKOM untuk membantu seberapa banyak pemandu yang lain.

Tambah Grab lagi, selepas 12 Oktober, penumpang berkemungkinan perlu menunggu lebih lama pada waktu puncak dan hari hujan. Dengan jumlah pemandu yang berkurangan di jalan raya dan permintaan tempahan yang tinggi, Grab menasihatkan penumpang untuk merancang perjalanan terlebih awal.

  • Tempah lebih awal daripada biasa: Tempah perjalanan anda lebih awal dan bersedia apabila pemandu tiba, terutamanya jika anda mempunyai penerbangan atau perlu menghadiri mesyuarat penting. Tolong jangan batalkan perjalanan jika anda berjaya mendapatkannya walaupun masa menunggu mungkin kelihatan luar biasa lamanya.
  • Tempah diluar waktu puncak: Menaiki perjalanan jauh lebih mudah di luar waktu puncak 7-9 pagi dan 5-8 malam

Walaubagaimanapun, pihak Grab berharap keseimbangan ini hanya sementara sahaja dan mereka sangat komited untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah dalam kalangan pemandu.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang banyak menyokong. Untuk maklumat lanjut tentang peraturan e-hailing di Malaysia sila lawati: https://www.grab.com/my/blog/e-hailing-regulations/

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×