Pasangan badminton Muhammad Haikal Nazri dan Nur Izzudin Rumsani meraih gelaran juara di acara beregu lelaki Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022, semalam.
Susulan itu, tular satu video salah seorang pemain badminton yang memaparkan sikap budi pekerti yang baik.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Niat Untuk Sebarkan’ – Datuk Lee Chong Wei Respon Foto Viral Beri Sumbangan Kepada Masjid
Salam cium tangan
@mr.kacangpanjang Salam cium tangan tau. sopan sangat national player kita ni. apapun Tahniah menang Gold Medal Men’s Doubles #petronasmalaysiainternationalchallenge
Menerusi video tersebut, Haikal Nazri dan pasangannya, Izzudin Rumsani dilihat bersalam dengan pengadil sejurus usai perlawanan badminton di Ipoh.
Dalam rakaman itu, Haikal meraih pujian apabila dia menunjukkan sikap hormat kepada orang tua dengan mencium tangan semasa bersalaman dengan pengadil yang bukan beragama islam.
Salam cium tangan tau. Sopan sangat national player kita ni. Apapun tahniah menang Gold Medal Men’s Doubles.
Netizen bangga
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap anak muda itu yang penuh dengan budi bahasa dan sopan santun.
Sumber: Tiktok @SabsukE