berita

Sam Bunkface Kena Bayar Tunggakan Nafkah Anak RM4,668

July 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sam Bunkface

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, hari ini, mengarahkan vokalis kumpulan Bunkface, Sam membayar tunggakan nafkah anak kepada bekas isteri, Aida Azira Hussin berjumlah RM4,668 dalam tempoh 12 bulan.

Tunggakan selama enam bulan

Menerusi laporan Berita Harian, keputusan tersebut dibuat mahkamah selepas mendapati Sam gagal membayar nafkah sebanyak RM1,300 sebulan kepada bekas isterinya itu secara konsisten.

Menurut peguam syarie mewakili Aida, Muhammad Hafiz Hood, Sam tidak membayar jumlah penuh seperti yang dipersetujui oleh mahkamah sebelum ini, selama enam bulan.

Jumlah RM4,668 bagi tunggakan selama enam bulan antara tempoh April sehingga September 2021 iaitu berjumlah RM778 sebulan. Nafkah dipersetujui oleh mahkamah adalah RM1,300 sebulan, tetapi dalam tempoh antara April sehingga September 2021, Sam hanya membayar RM522.

Jadi, Sam perlu membayar tunggakan selama enam bulan. Oleh itu, mahkamah hari ini mengarahkan Sam perlu membayar nafkah seperti dipersetujui dalam perintah mahkamah.

Ujar Aida, dia bersyukur keputusan baik berpihak kepadanya dan berharap kes pindaan tuntutan jumlah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari berakhir dengan baik.

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan, hari ini. Saya minta maaf, itu sahaja yang boleh saya dikongsikan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×