berita

Sam Bunkface Mahu Keadilan

May 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam dan bekas isteri, Aida Azira Husin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam bagi menghadiri perbicaraan kes pindaan nafkah anak yang dituntut oleh penyanyi tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedar Orang Biasa, Tak Ada Pengaruh’ – Bekas Isteri Sam Bunkface

Artikel Berkaitan: ‘Kos Saya Jaga Maleeq Selama 2 Minggu Lebih Kurang RM250, Kenapa Dia Jaga Sampai RM1,300?’

Mahukan keadilan

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 35 tahun itu berkata, dia hanya mengharapkan keadilan berpihak kepadanya berhubung kes nafkah anak tersebut.

Saya nak mencari keadilan. Insya-Allah mahkamah yang mulia ini akan berikan keadilan. Itu saja. Selain daripada itu, anda kena tanya puan Aida (bekas isteri). Pergi tanya Aida. Saya tiada apa-apa lagi nak cakap.

Kalau saya nak cakap sesuatu saya akan bagi kenyataan yang lebih besar.

Pemilik nama sebenar Shamsul Anuar Baharom itu bagaimanapun menzahirkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan anak lelakinya, Maleeq.

Aida tetap tidak setuju

Foto: Berita Harian

Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Sam, Liyana Sihar menjelaskan bahawa semasa perbicaraan, bekas isteri penyanyi itu ada menyatakan beberapa isu.

Dia sebut secara lisan dan keterangannya secara am iaitu anak tak dapat kehidupan yang baik. Mereka akan beritahu pada tarikh 26 Jun ini sama ada terdapat saksi dalam kes ini.

Hakim bagi tiga tarikh. Untuk soalan-soalan balas saksi pun pada tarikh seterusnya. Itupun jika ada dan kalau tiada kes akan ditutup. Tapi dia kata ada dan mungkin ada.

Itu yang dizahirkan kepada mahkamah, kita dengar yang itu saja.

Sementara itu, menerusi jawapan Aida di dalam prosiding berkata, dia bimbang anak lelakinya itu tidak akan mendapat kehidupan yang sempurna jika nafkah yang diberi kurang RM1,300.

Kalau dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan anak.. permainan, aiskrim..Selain itu tempat tinggal juga kena selesa. Contohnya pendingin hawa yang saya kira membabitkan bil.

Aida juga menyatakan bahawa nafkah yang diberi Sam sebelum ini adalah untuk membayar semua keperluan anak antaranya insurans, perubatan dan makanan.

Ketika diajukan soalan berkenaan isu royalti, Aida berkata dia tidak pasti akan hal tersebut sama ada Sam menerima atau tidak.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Shukran Yusof menetapkan tarikh 26 Jun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Terdahulu, kemelut isu nafkah anak pelantun lagu Revolusi itu berlaku apabila bekas isterinya tidak bersetuju berhubung permohonan pindaan nafkah anak yang mahu dikurangkan.

Sekadar info, Sam mendirikan rumah tangga bersama Aida pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki namun berpisah pada Januari 2019.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×