Isu kurangkan nafkah anak tunggal antara vokalis kumpulan Bunkface, Sam dengan bekas isteri, Aida Azira rancak diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Sam Kena Buktikan Kalau Tiada Show Atau Pendapatan’ – Bekas Isteri Ulas Kes Pindaan Nafkah Anak
Artikel Berkaitan: ‘Kos Saya Jaga Maleeq Selama 2 Minggu Lebih Kurang RM250, Kenapa Dia Jaga Sampai RM1,300?’
Nak tamatkan semua ini
Menurut Aida, dia enggan memberikan sebarang kenyataan terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh Sam, pada minggu lalu. Kata Aida, dia bukanlah seorang figura awam selain enggan menyakiti hati mana-mana pihak.
Saya rasa saya tak nak komen apa-apa dah. Saya sedar saya orang biasa, saya tak ada pengaruh. Bagi saya, sekarang ini tak perlu untuk saya dedahkan perbualan WhatsApp atau sebagainya, tak perlu untuk saya panjangkan lagi perkara ini.
Saya tak mahu melukakan mana-mana pihak lagi. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh mahkamah, keputusan dihakimi oleh mahkamah. Saya hanya nak selesaikan dan tamatkan sahaja.
Kena faham undang-undang
Dalam pada itu, Aida berharap agar kemelut ini cepat diselesaikan di mahkamah. Selain itu, Aida juga menasihati golongan wanita terutama kaum ibu untuk mempelajari hak-hak yang boleh dituntut.
Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.
Kepada semua wanita di luar sana, tak kisahlah jika anda wanita bekerjaya, suri rumah, ibu tunggal, masih bergelar isteri atau tidak.
Saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak anda sebagai wanita, sebagai ibu. Golongan wanita patut tahu sistem kehakiman kita. Hakim akan tahu hakikat sebenar, peguam akan tahu hakikat sebenar, orang sekeliling pun akan tahu juga nanti.
Jadi, selagi boleh kita pertahankan, kita harus pertahankan hak kita. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak. Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak.
Sebelum ini, Sam menegaskan dia tidak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak walaupun sebulan.
Dedahnya lagi, anak mereka, Maleeq, kini dijaga oleh ibu Aida di Melaka sekaligus mempersoalkan jumlah nafkah yang perlu dibayar iaitu berjumlah RM1,300 sebulan.
Terdahulu, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka pada 28 Mac lalu.
Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.
Sekadar info, Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.