berita

Sambil Beribadah Boleh Basuh Baju, Netizen Puji Usaha JAWI Sediakan Dobi Di Masjid Wilayah Persekutuan

August 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri, mengumumkan berita baik buat semua masyarakat mengenai inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam menyediakan perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan.

Membolehkan orang ramai hadir ke masjid

Menurut Dr Zulkifli, kewujudan perkhidmatan dobi di Masjid Wilayah Persekutuan secara tidak langsung menarik orang ramai hadir ke masjid. Di samping itu, orang ramai boleh menggunakan aplikasi Nak Dobi bagi memudahkan urusan tanpa perlu beratur panjang untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Ucapan tahniah kepada Pengarah JAWI dan seluruh warga kerja JAWI diatas usaha hebat ini turut diucapkan oleh Dr Zulkifli.

Foto perasmian Nak Dobi

Foto: www.mira.gov.my

Foto: www.mira.gov.my

Foto: www.mira.gov.my

Foto: www.mira.gov.my

Sambil dobi, sambil solat

Rata-rata netizen memberikan pujian kepada pihak JAWI kerana mewujudkan pusat dobi tersebut.

Sumber: Dr Zulkifli

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×