berita

Sambungan Ke 5 Peranti Pada Masa Yang Sama & Bermula RM10 Sebulan- Jom Daftar unifi Plus Box!

January 21st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: Popular Science

Kalau sebelum ni, unifi menjadi pilihan ramai untuk Wi-Fi berkelajuan tinggi tanpa hadnya, tapi kali ini unifi menampilkan pula unifi Plus Box yang datang dengan ciri Android TV dalam resolusi 4k Ultra HD! Canggih!

Bukan itu je, ada banyak lagi keistimewaan unifi Plus Box yang kami dah tak sabar lagi nak share dengan korang ni. Check this out!

Strim lebih banyak rancangan mudah alih kegemaran korang!

Kalau korang nak tahu, unifi Plus Box ni dah pun dilengkapi dengan unifi TV, BBC Player, YuppTB, Dimsum, Viu, YouTube dan banyak lagi! Bagaimanapun, Netflix adalah tidak termasuk.

Lepas ni, memang melekat jelah korang kat depan tv!

Hubungkan peranti ke kaca tv dengan mudah!

Kadang-kadang tak puas tonton rancangan favourite kita di smartphone je. Kan best kalau boleh tengok di tv. Siapa kata tak boleh?

Sekarang, korang boleh nikmati rancangan kegemaran korang dengan menghubungkan smartphone, tablet atau laptop ke kaca tv dengan aplikasi unifi PlayTV tau. Cuma satu tap sahaja yang diperlukan untuk menyambungkan peranti pilihan korang ke kaca tv secara nirwayar.

Tonton lebih daripada 70 saluran premium dengan Pek Ultimate TV unifi!

Image from unifi

Ini termasuk saluran popular seperti FOX, BBC, National Geographic, Nickelodeon, dan banyak lagi! Wow!

Tak perlu berebut, seluruh keluarga boleh nikmati rancangan yang mereka gemari!

Ayah nak tengok berita, mak nak tengok drama, adik pulak nak tengok kartun, haih macam mana ni?

Haa..bagi rumah yang mempunyai pelbagai peranti, kini korang dah boleh akses sehingga 5 peranti berbeza dengan aplikasi unifi PlayTV. Selesai masalah!

Malas nak capai phone? Kawal dengan suara je!

Unifi Plus Box

Drama dah habis, malasnya nak tukar rancangan lain. Tak payah susah-susah, alih je channel guna suara korang!

Memandangkan ia menggunakan Android TV, maka korang boleh kawal unifi Plus Box ni dengan Google Assistant untuk carian berasaskan suara. Cool kan?

Yang lagi best, korang boleh dapatkan unifi Plus Box secara PERCUMA apabila…

Haa..sekiranya korang dah melanggan salah satu pelan jalur lebar unifi Home, korang layak untuk mendapatkan unifi Plus Box ni secara PERCUMA tau!

unifi Plus Box hadir dengan pelan Unifi 30Mbps, 100Mbps dan juga 300Mbps. Bagi pelanggan yang sedia ada, korang boleh melanggan unifi Plus Box dengan mengemaskini kontrak selama 24 bulan bersama-sama dengan pelan unifi. Tapi, buat masa ini, tiada pilihan tawaran unifi Plus Box tanpa unifi TV yang disediakan.

Korang baru nak melanggan unifi? Jangan risau, korang pun layak untuk mendapatkan unifi Plus Box secara percuma apabila korang memilih salah satu daripada tiga pakej di bawah ni (kontrak 24 bulan):

Kalau korang jenis kaki drama, kami sarankan korang untuk langgan pakej 300Mbps, sebab korang akan dapat 6 bulan akses percuma Viu. Fuh! Oh ya, bagi pelanggan baru, korang akan menerima akses ke unifi TV Ultimate Pack yang menyajikan lebih daripada 70 saluran dan akses kepada BBC iPlayer.

Selain itu, pelanggan baru juga boleh memilih untuk menyesuaikan atau meningkatkan pengalaman dalam talian korang dengan mana-mana Add-Ons unifi, termasuk sistem Wi-Fi Mesh yang membantu menghilangkan ‘dead spots’ Wi-Fi dengan hanya RM15 sebulan (2 nod) selama 24 bulan.

Bagi korang yang dah pun melanggan jalur lebar unifi semasa, korang masih boleh nikmati unifi Plus Box baru dengan hanya membayar RM10 tambahan setiap bulan.

Nak tahu cara nak set up unifi Plus Box korang sendiri? Tengok video ni dulu..

Untuk maklumat lanjut tentang unifi Plus Box, klik sini. 

SKIP THIS AD ×