Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan tentang tanggungjawab nafkah seorang bapa terhadap anak-anak.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Soal Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai
Artikel berkaitan: ‘Isteri Sengaja Minta Cerai Tanpa Kejahatan Suami, Maka Haram Cium Bau Syurga’ – Ustaz Azhar Idrus
Tanggung nafkah anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar berkata, seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anak sejak lahir sehingga mereka boleh mencari pendapatan sendiri.
Kita wajib tanggung anak dari beranak sampailah dia boleh berdikari. Contoh umur 18 tahun dah boleh bekerja dah tak wajib dah tanggung.
Bagaimanapun, sekiranya seorang bapa dikurniakan anak Orang Kurang Upaya (OKU) maka perlu ditanggung sehingga akhir hayat mereka.
Itu anak yang sihat kalau anak yang OKU tak boleh bawa diri maksudnya tak boleh berdikari, wajib kita tanggung sampai mati.
Jadi siapa yang ada tiga orang anak OKU dia jutawan dekat akhirat nanti. Allah beri dia susah tanggung anak sampai mati.
@sah.pika Tanggung nafkah anak sampai bila.#fyp #viral #nafkahanak #hukum ? bunyi asal – PikasShop
Sumber: TikTok