Baru-baru ini, tular kembali foto lama milik penyanyi Alif Satar sewaktu menyertai program nyanyian One In A Million pada tahun 2006 di platform X.
Artikel Berkaitan: Daripada Crush Ke Jodoh? ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Drama Terbaru Menghiasi Slot Akasia TV3
Artikel Berkaitan: Alif Satar Dedah Penyebab Sertai Program ‘One In A Million’ – ‘Saya Sebenarnya Nak Jadi Pilot ..’
Puberty hit me
Menerusi perkongsian tersebut, seorang pengguna telah menyunting foto lama itu bersama wajah terkini Alif yang jauh lebih kacak.
Pengguna itu turut berseloroh mengatakan sekiranya Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar boleh mengubah penampilan menjadi tampan, individu itu akui boleh melakukan hal yang sama.
Lepas tengok Alif Satar, aku masih ada harapan lagi.
Apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian tersebut turut menyorot perhatian penyanyi berusia 33 tahun itu apabila dia berkongsi semula di laman Instagram miliknya.
Sampai hati korang gelak dekat aku. Puberty hit me hard.
Sementara itu, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa terhibur melihat foto tersebut.
Sekadar info, Alif yang menyertai One In A Million pada 2006 berjaya merangkul tempat ketiga di belakang juara Suki Low dan Faizal Tahir yang menduduki tempat kedua.
Dalam perkembangan terkini, drama lakonan Alif berjudul Bukan Sekadar Lafaz kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Selain Alif, Bukan Sekadar Lafaz turut dibintangi Wanna Ali, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Razzuan Rosli dan Ahmad Idham.
Saksikan semua 20 episod drama Bukan Sekadar Lafaz di TV3 atau boleh juga tonton semula secara percuma dan ekslusif di platform iQIYI http://www.iq.com/local.
Sumber: Instagram