berita

Daripada Crush Ke Jodoh? ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Drama Terbaru Menghiasi Slot Akasia TV3

October 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

bukan sekadar lafaz

Indahnya kalau ‘crush’ zaman sekolah betul-betul jadi jodoh kita kan? Sama lah macam drama terbaru Akasia TV3 bertajuk Bukan Sekadar Lafaz lakonan hebat Alif Satar dan Wanna Ali.

Artikel Berkaitan: Wanna Ali Duet Lagu Cinta ‘Bukan Sekadar Lafaz’ Dengan Bapa Tiri

Cinta atau terpaksa?

bukan sekadar lafaz

Drama ini berkisarkan tentang Hud (Alif Satar), jejaka muda dan tampan, yang dalam diam mempunyai perasaan terhadap Syikin (Wanna Ali) sejak di bangku sekolah lagi.

Cinta Hud kembali mekar dan kuat apabila takdir menemukan mereka semula tapi tanpa diduga kejadian malang menimpa Syikin sehingga membuatkan Hud terpaksa bertanggungjawab ke atas Syikin.

Tak drama lah kalau tak ada halangan kan? Selepas berkahwin, macam-macam dugaan yang mereka perlu lalui dari orang-orang yang terdekat. Adakah dengan perkahwinan itu akan membuat cinta Hud kekal mekar kepada Syikin atau hanya kerana terpaksa?

Selain Alif Satar dan Wanna Ali, naskah ini turut dibintangi oleh Yuna Rahim, Malek Mccrone, Mia Nasir, Wanns Ahmad, Razzuan Rosli dan Ahmad Idham. Drama sebanyak 20 episod ini akan bersiaran mulai 17 Oktober setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Akasia TV3.

Mesti tak sabar kan nak tengok drama terbaru ni? Pada anda yang terlepas untuk tengok di TV3 nanti, jangan risau anda boleh juga tonton semula semua episod secara percuma dan ekslusif di platform iQIYI  http://www.iq.com/local.

SKIP THIS AD ×