berita

‘Sampai Kasut Pun Nak Siasat’ – Nabila Huda Tegur Sikap Netizen Suka Cari Salah PM

November 30th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Kasut yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas harga kasut tersebut dianggarkan bernilai lebih RM5,500. Anwar Ibrahim bagaimanapun memaklumkan bahawa kasut tersebut sebenarnya hadiah yang dikurniakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Nak Reunion Lepas Nad Sedarkan Diri – ‘Saya Dan Rakan-Rakan Lain Janji Nak Jaga Dia’ 

Artikel Berkaitan: Pemilik Video Nasi Goreng Tak Hadap Populariti, Nafi Pengaruh Netizen Kecam Nabila Huda – ‘Artis Pun Saya Tak Follow’ 

Artikel Berkaitan: Pernah Pasang Impian Nak Jadi ‘Hantu’, Nabila Huda Teruja Sertai Night of Fright 8 

Tegur netizen

Kurang senang dengan kritikan pengguna media sosial, Nabila Huda menerusi akaun Twitter miliknya menegur netizen yang bersikap tidak puas hati dengan segala perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang kesepuluh itu.

Hari tu tiada Perdana Menteri bising, marah, tak puas hati lama menunggu. Sekarang dah ada tak puas hati pulak. Sebelum sebelum ni punya Perdana Menteri tak suka, yang baru pun tak suka. Habis nak yang mana? Semua ada je tak kena.

Sampai kasut orang tu pun kau nak siasat berapa harga. Apa benda la korang ni.

Pelakon filem Munafik itu mempersoalkan segelintir masyarakat yang bersikap sedemikian ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Netizen sokong

Sumber: Twitter @abilsuhaimi

SKIP THIS AD ×