berita

‘Sampai Sekarang Masih Trauma & Takut Dia Datang’ – Ayah Tiri Kena ‘Terajang’ Mahu Anak Dipenjara & Dihantar Ke Wad Psikiatri

February 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hanya kerana tidak diberikan wang untuk membeli dadah, seorang lelaki di Yan, Kedah tergamak memukul serta menendang bapa tirinya di bahagian muka dan dada, baru-baru ini.

Artikel berkaitan: ‘Terajang’ Ayah Tiri Sebab Tak Dapat Duit Beli Dadah, Rupanya Ada Kad OKU Mental

Menerusi laporan Harian Metro, isteri kepada warga emas tersebut memberitahu dia dan suami berharap anaknya itu dihukum penjara serta mendapatkan rawatan kerana perbuatannya boleh mengancam nyawa mereka.

Baik buruk tetap anak

Walaupun dia (anak) buat pada kami, baik buruk dia tetap anak mak cik.

Menurut Salmiah Man, dalam kejadian tersebut, suaminya, Nordin Ahmad cedera di bahagian telinga dan tangan kiri selepas dipukul serta ditendang anak tirinya berusia 29 tahun kerana tidak memberikan wang untuk membeli dadah. Tambah Salmiah, kejadian tersebut berlaku pada 8.30 pagi di pekarangan rumah mereka di Kampung Ruat, Kedah. Susulan daripada itu, suspek yang memiliki kad orang kurang upaya (OKU) pesakit mental ditahan pihak polis selepas bapa tirinya membuat laporan.

Berkongsi lanjut mengenai kisah anaknya, Salmiah memberitahu anak kedua dari tiga beradik itu sudah lama terbabit dalam penagihan dadah kerana terpengaruh dengan rakannya. Sebelum ini mereka pernah melaporkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengenai pembabitan anaknya itu kerana bimbang akan keselamatan mereka kerana anak lelakinya kerap mengamuk jika tidak diberi wang untuk membeli dadah.

Dia selalu balik

Dia selalu balik sini. Mak cik bagi dia makan dan selalu dia minta duit. Kadang-kadang sampai RM50 tetapi semalam pak cik minta bagi RM10 sahaja sebab nak berjimat menyebabkannya terus berang dan mengamuk. Dia masuk ke dalam rumah untuk ambil surat OKU mental dia sebelum keluar dan tendang pak cik dari belakang.

Menurut Nordin, dia berharap pihak berkuasa dapat menahan anak tirinya lebih lama kerana bimbang lelaki itu akan pulang membalas dendam. Ujarnya lagi, dia risau apabila sejak belakangan ini banyak kes penagih dadah sanggup membunuh ibu bapa sendiri. Oleh itu, Nordin bimbang kejadian itu boleh berlaku sekiranya anak tirinya dibebaskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji memaklumkan suspek kini direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan. Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia negatif dadah.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×