berita

‘Sampai Tua Beruban Baru Kes Turun & Kita Bebas?’ – Awal Ashaari

July 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Awal Ashaari

Pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari menerusi satu hantaran di laman Instagram, tampil memberikan respon berhubung situasi semasa negara dalam mendepani pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: ‘Apa Lagi Yang Patut Kami Buat?’ – Fizo Omar Pun Pelik, Dah PKP Tapi Kes Tak Turun

Bila boleh bebas?

Foto: Awal Ashaari

Ujar bapa kepada dua cahaya mata ini, rakyat sudah akur dengan setiap arahan pihak kerajaan untuk duduk di rumah dan mendaftarkan diri bagi mendapatkan vaskin. Bagaimanapun, di sebalik setiap arahan tersebut sesetengah rakyat terkesan dan ada yang sudah kehilangan kerja.

Tajuk album: Sampai tua beruban nak mampos baru kes turun dan kita boleh bebas? I’m so frustrated with the whole system, how this pandemic crisis being handled at the moment. (Saya sangat kecewa dengan keseluruhan sistem, bagaimana krisis ini diuruskan pada masa sekarang). Duduk rumah dah, kena cucuk vaksin dah, tutup business dah. stop shooting dah. kena Buang Kerja pun dah.

No clear instruction, no assurance as in when and how long more we have live like this? No proper crisis management for us. (Tidak ada arahan yang jelas, tidak ada jaminan bila dan berapa lama kita hidup seperti ini? Tiada pengurusan krisis yang tepat untuk kita). 

Komitmen bulanan perlu dibayar

Foto: Awal Ashaari

Ujarnya lagi, komitmen bulanan perlu dibayar dan duit simpanan semakin berkurangan saban hari. Pada masa yang sama, Awal turut menjelaskan situasi yang berlaku secara tidak langsung memberi kesan terhadap pelajaran anaknya Lara Alana.

Loan rumah, kereta, gaji pekerja bulan bulan kena jugak bayar. Duit simpanan dah banyak susut, duit masuk dah lama tak masuk masuk. Anak dah setahun belajar online dah habis darjah dua dah pun. Tercicir pelajaran jangan cakap lah.

Yang sorang lagi sejak lahir dok mengadap kipas kat ceiling. tak kenal dunia luar. Nak ambik angin kat kawasan rumah pun Guard halau suruh masuk berkurung dalam rumah. EMCO katanya. So case naik 13k, what should we all do? celebrate at home?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Sumber: Awal Ashaari

SKIP THIS AD ×