berita

‘Apa Lagi Yang Patut Kami Buat?’ – Fizo Omar Pun Pelik, Dah PKP Tapi Kes Tak Turun

July 1st, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Umum mengetahui, kes harian Covid-19 hari ini mencatatkan sebanyak 6,988 kes dan jumlah keseluruhan kes hampir 800 ribu. Angka tersebut secara tidak langsung membuatkan ramai ‘bingung’ bagaimana kes boleh mencecah setinggi itu sedangkan rata-rata rakyat Malaysia hanya tinggal di rumah berikutan Fasa pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diimplementasikan oleh pihak kerajaan.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Takut Dengan Vaksin, Bukan Makcik Kiah Buat..’ – Fizo Omar

Artikel Berkaitan: Fizo Omar Sahkan Bekas Isteri, Anak Positif Covid-19 Sejak 1 Januari

Susulan daripada itu, pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar menerusi satu hantaran di laman Facebook meluahkan rasa geram dan kecewa dengan situasi semasa yang terpaksa ditanggung oleh rakyat marhaen khususnya.

‘Makin dikurung makin menjadi!’

Foto: Fizo Omar

Ujar pelakon Romeo Kita, negara lain yang dilanda pandemik Covid-19 semakin beransur pulih dan ekonomi negara mereka sudah berjalan seperti biasa. Pada masa yang sama, Fizo turut ‘hairan’ mengapa kes harian tidak turun-turun sedangkan rakyat sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, dan patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Kadang tu bila fikir macam logik tak logik. Bukan nak pertikai tapi bila semua dah lockdown, rakyat dah berkorban tak keluar bekerja sampai tahap yang sangat serious terputus makanan dan kes bunuh diri makin menjadi-jadi. Day by day its getting worst. Apa lagi yang patut kami lakukan?

Fizo turut menjelaskan, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bersuara tentang isu yang berlaku supaya kejadian-kejadian seperti rakyat hilang punca pendapatan dan sebagainya tidak lagi berulang.

Sebagai rakyat kami berhak bersuara, hentikanlah propaganda politik, perebutan kuasa, rasuah berleluasa. Tengok kiri kanan dan bawah sama, rakyat sampai tak ada makanan dah ini, bukan isu remeh. Sampai bila kita nak macam ni.

Waktu ini pemimpin kena sama-sama bersatu

Foto: Fizo Omar

Pada masa yang sama, Fizo sekali lagi menjelaskan dia tidak menunding jari kepada mana-mana pihak dan hanya mahukan solusi yang terbaik daripada pihak berkenaan untuk kemaslahatan bersama.

Waktu ni la pemimpin kita sama-sama bersatu, ketepikan soal kuasa dan sikap penting diri sendiri. Usaha dan doalah macam mana pun, Kalau masih ada lagi sikap pecah amanah, rasuah semua, macam mana kita nak mendapat barakah dari Allah SWT.

Tiada niat nak tuduh atau tunding jari kepada mana-mana pihak kami sebagai rakyat telah memberi amanah kepada pemimpin dan kerajaan. Diharap segala keluhan dan kesusahan rakyat menyedarkan mereka yg tidak bertanggungjawab.

Sumber: Fizo Omar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×