berita

Samsung Hadir Dengan Siri Baharu Galaxy S24, Ada Fungsi AI Yang Inovatif & Epik!

January 22nd, 2024 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Korang pernah terfikir tak nak jadikan kehidupan korang lebih fleksibel dan mudah? Kadang-kadang nak buat sesuatu tu memerlukan masa dan tenaga kan? Tambah lagi kalau berkaitan dengan teknologi telefon pintar ni.

Ha kalau korang nak tahu, Samsung telah memperkenalkan era baru dalam teknologi mudah alih dengan pelancaran siri terkini Galaxy tau! Ia merupakan telefon mudah alih AI yang komprehensif dan dikuasakan oleh fungsi AI pada peranti tersebut.

Korang nak tahu tak apa kelebihan Siri Galaxy S24 ni? Jom kami kongsi satu per satu!

1. Live Translate

Apa itu live translate? Ha…ia merupakan terjemahan bahasa secara langsung apabila korang membuat panggilan. Paling mudah, korang tak perlu aplikasi pihak ketiga pun untuk menterjemah.

Korang juga boleh berkomunikasi dengan segera dalam pelbagai bahasa yang berbeza.

2. Chat Assist

Kelebihan chat assist ini pun akan memudahkan korang juga, di mana telefon pintar ini menyediakan terjemahan mesej yang masuk secara langsung dalam masa yang betul dan tepat melalui pelbagai bahasa.

Selain itu, korang juga dapat berbual seperti orang biasa semasa membalas mesej orang tanpa memerlukan platform mahupun aplikasi lain untuk dibantu.

Bukan itu saja, cara menulis dan tatabahasa seperti nada korang juga akan menjadi sesuai dengan situasi. Ini secara tak langsung dapat membuatkan penulisan seolah profesional dan rasa seronok ketika berkomunikasi. Fungsi AI ini juga akan membantu korang untuk merangka mesej, bahkan menaip emel dengan betul pun ia boleh bantu!

3. Note Assist 

Sebenarnya ada banyak kelebihan note assist ini di mana fungsi nya akan membantu korang dalam beberapa segi contonya:

  • Handwriting Auto Spacing & Alignment: Membantu korang untuk menulis dengan baik dan kemas apabila  korang dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Auto Format: Menyusun semula nota korang dalam format struktur yang boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja secara segera. Selain itu, korang juga diberi option yang berbeza dan tujuan yang berlainan untuk dikongsi dengan sesiapa.
  • Ringkasan & Terjemahan: Merangkumkan perkara-perkara penting dari nota, untuk rujukan pengguna terhadap perkara-perkara utama atau menterjemahkan ke bahasa yang berbeza.
  • Ejaan yang betul: AI mencadangkan ejaan yang betul serta format tarikh dan masa pada nota.
  • Summary & Classification on Note Cover: Mengkategorikan dan memberi kan cadangan nota korang berdasarkan tajuk atau cover nota tersebut.

4. Photo Assist

  • Latar belakar: Menyesuaikan sudut gambar, menghasilkan latar belakang baru untuk menyempurnakan isian gambar tersebut.
  • Komposisi semula objek: Memindahkan, menghapus, atau menyesuaikan ukuran orang dan objek, kemudian mengisi pada celah-celah latar belakang.
  • Edit Suggestion: AI rekomen cara pengeditan berdasarkan gambar tertentu. Contohnya: Efek potret, Hapus pantulan, Hapus bayangan, Hapus moire, Efek latar belakang, Pemaparan lama, Remaster, Objek.

5. Circle To Search with Google 

Circle to search with Google ni pula macam korang tengah seronok bermain telefon lepastu teringin nak cari tahu sesuatu yang korang dah nampak dekat media sosial tu.

Jadi, dengan adanya fungsi ini, ia dapat membantu korang dalam mencari sesuatu tersebut secara langsung dengan menggambar bulatan di sekelilingnya tanpa menggunakan sebarang frasa carian.

Bukan tu saja, siap boleh buat hasil carian yang lebih canggih tau untuk korang tahu dan faham tentang konteks carian tu.

Inovasi tinggi dan pengalaman mudah alih yang hebat!

Korang dah ready ke dengan inovasi terkini siri terbaru Galaxy S ni? Jangan risau, ciri dan fungsi telefon pintar ini akan menetapkan standard yang lebih tinggi untuk pengalaman mudah alih yang hebat dan trendy tau!

Jangan lepaskan peluang korang untuk membuat pre-order bermula dari 18 Januari!

Bagi siri Galaxy S24 ini, korang boleh mula membuat pra-pesan eksklusif bermula dari 18 Januari hingga 6 Februari 2024.

Melalui pembelian ini, korang juga berpeluang untuk nikmati:

  • Penyempurnaan Kapasiti Ganda bernilai RM500
  • E-voucher bernilai RM500
  • Pilihan Tukar Tambah sehingga RM650
  • Tawaran Pembelian dengan Pembelian yang menarik pada Wearables dan Tablet (diskaun sehingga RM800), Samsung Care+, dan Aksesori (diskaun sehingga 45%)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×