berita

“Sangat Cetek Pemikiran Dia” – Umie Aida Respon Kenyataan Abby Abadi

July 26th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jika semalam dan berlanjutan hingga ke hari ini, isu Mamat Sepah kelihatan semakin besar, kini timbul pula isu baru di Twitter apabila Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan Abby Abadi kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.

“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.

Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”

Kenyataannya ini telah menarik perhatian Umie Aida yang tidak bersetuju terhadapnya. Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”

Umie Aida turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada kenyataan yang Abby keluarkan.

Dan Umie Aida turut menggesa bahawa jika mahu Abby Abadi mahu memperjuangkan agama, bukanlah melalui politik.

Jadi, apa komen anda terhadap isu ini? Adakah sesuai untuk seorang selebriti terlibat dalam politik?

SKIP THIS AD ×