berita

Sanggup Korban Cinta Demi Sahabat, Drama ‘Hatimu Sedingin Salju’ Akan Hiasi Slot Akasia Korang Malam Ni!

June 24th, 2021 | by Shahira
Shout Out!

Macam mana dengan aktiviti korang sepanjang PKP 3.0 ni? Mesti pelbagai aktiviti korang dah buat untuk hilangkan bosan di rumah kan? Ye lah, nak keluar berjalan pun tak boleh jadi duduk rumah je lah kan. Jadi apa kata kalau korang luangkan masa dengan family tersayang dengan menonton drama terbaru dari TV3 ini yang berjudul Hatimu Sedingin Salju. Best tau drama ni, penuh dengan emosi dan confirm korang tak menyesal layan. Yang penting, barisan pelakon drama ini memang power lah!

Hatimu Sedingin Salju

Drama Hatimu Sedingin Salju akan mula bersiaran pada 24 Jun 2021 (malam ini) di slot Akasia pada jam 7 malam mengisahkan tentang watak utama iaitu Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pertemuan tanpa diduga

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu.

Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania.

Siapa berjaya miliki hati Rania?

Haa jadi korang mesti tertanya-tanyakan apa yang berlaku selepas itu dan apakah tindakan Datin Mimi dan Datuk Jamal selepas tahu kedua-dua anak mereka menyintai wanita yang sama? Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Paling penting, siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Sama-sama kita nantikan drama Hatimu Sedingin Salju yang akan ditayangkan bermula dari 24 Jun 2021 iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia TV3.

SKIP THIS AD ×