Meskipun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah hampir tiga minggu berlalu namun masih ada isu yang dibangkitkan.
Artikel Berkaitan: ‘Amanah Ini Bukan Harta Rampasan Perang’ – Ahmad Zahid
Minta ‘habuan’ pulang mengundi
Baru-baru ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyokong parti itu yang menuntut duit untuk pulang mengundi.
Pengundi PH tidak pernah minta walau pun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara.
Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.
Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa (anda) RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu.
Prihatin dengan rakyat
Kenyataan itu menarik perhatian pelakon Azhar Sulaiman untuk tampil mengulas di Instagram (IG). Azhar, 51, menitipkan doa agar Sanusi berubah menjadi individu yang menitikberatkan tutur kata.
Susulan kenyataan tersebut, Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat Menteri Besar Kedah itu kerana dipercayai ada kaitan dengan politik wang.
Sumber: Instagram @azharbsulaiman