
Pelakon Sari Yanti, mendedahkan suaminya yang juga pelawak, Jep Sepahtu telah mengirim mesej kepada pemain bola sepak antarabangsa iaitu Cristiano Ronaldo.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Titip Ucapan Sempena Birthday Sari Yanti, Dedah Isteri Jadi Cikgu ‘English’ Di Rumah – ‘Saya Banyak Belajar Dengan Dia’
Artikel Berkaitan: Dari ‘Waka Waka’ Ke ‘Dai Dai’, Shakira Kekal Ratu World Cup
Perkongsian Sari Yanti
Menerusi hantaran di Threads, Sari Yanti atau nama lengkapnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 42, memaklumkan dia telah membantu Jep untuk menghantar mesej tersebut.
Sari Yanti juga mengakui, dia tidak dapat menahan ketawa dan geli hati dengan telatah suaminya itu.
Tengah tuliskan direct mesej (DM) suami untuk Ronaldo.
Entahlah, sudah berapa round ketawa. Kenapa sampai sanggup DM?
Dah macam dia pula yang coach.
Sementara itu, Tinjauan OhBulan! di akaun Instagram milik Jep pula mendapati dia berkongsi mesej yang dihantar kepada pemain pasukan Portugal tersebut.
Sebagai peminat, pemilik nama Mohd Nadzri Zainal Abidin, 40, itu memberi kata-kata semangat untuk Ronaldo yang menyertai Piala Dunia pada edisi kali ini.
Saya benar-benar berharap Portugal akan muncul sebagai juara.
Untuk Piala Dunia 2026, saya harap awak akan lebih memberi tumpuan kepada percubaan ke arah gol dan tandukan tetap menjadi senjata utama awak.
Teruskan sahaja dengan dua perkara itu.
Saya tahu awak sedang sibuk, jadi tidak perlu membalas mesej ini. Balaslah selepas awak berjaya memenangi trofi tersebut.
Untuk info, Piala Dunia 2026 menyaksikan sebanyak 48 pasukan bersaing dalam 104 perlawanan dan kemuncak acara dijadualkan bakal berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.
Kejohanan bola sepak paling berprestij itu dianjurkan tiga negara iaitu Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.
Sumber: Threads