Aktres dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pengarah dan penerbit yang didakwa menunjukkan sikap tidak profesional terhadap para pelakon.

Artikel Berkaitan: ‘Orang Tanya Tentang Susuk, Saya Jawab Rutin Workout Saya Selama 28 Tahun’ – Sarimah Ibrahim

Artikel Berkaitan: ‘Pukul 1 Babak Nangis, Pukul 2 Bunuh & Pukul 3 Ketawa’ – Sarimah Ibrahim Kongsi Realiti Di Set Penggambaran

Sikap tak profesional

Menerusi hantaran di Threads, Sarimah, 48, kecewa dengan sikap pengarah dan penerbit yang didakwa tidak serius semasa menawarkan pekerjaan kepada pelakon, malah disifatkan hanya memberi harapan palsu.

Kalau dah tahu budget tu tak mampu, saya sarankan tolonglah jangan jumpa kami pelakon-pelakon ini nak meeting, nak mesej dan ambil selfie dengan kami selepas itu beritahu suruh lock date sampai kami reject job lain di atas janji awak itu.

Sangat tak profesional sebagai pengarah dan penerbit.

Menurut Sarimah, perkara tersebut telah menyebabkan ramai barisan pelakon hebat memilih untuk tidak meneruskan kerjaya mereka.

Sebab inilah pelakon-pelakon kita ramai serik nak berlakon dan tak ada motivasi nak teruskan.

Ramai dilabel sombong padahal mereka tertekan atau kecewa.

Komen pelakon

Menjengah ke ruangan komen, hantaran Sarimah tersebut dilihat telah mendapat perhatian rakan artis yang rata-ratanya turut meluahkan rasa hampa berikutan pernah berdepan dengan situasi yang sama.

Dalam pada itu, rakan-rakan artis juga mengucapkan terima kasih kepada Sarimah kerana menyuarakan isu tersebut yang didakwa turut menjadi punca mereka ‘merajuk’ dari dunia lakonan.

Sumber: Threads