
Personaliti media sosial dan usahawan Sasha Abdul Aziz memaklumkan akan menukar nama produk jamu keluarannya selepas ditegur oleh ibu.
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Enam Tahun Kahwin Baru Dia Faham’ – Sasha Abdul Aziz Akui Bukan Mudah Didik Suami Tentang Nafkah
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akui Kesilapan, Terima Teguran Ustazah Asma’ Harun – ‘Saya Belajar Sesuatu Yang Baru’
Tukar nama
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Sasha berkongsi bahawa ibu telah menasihatinya supaya menukar nama jamu tersebut berikutan perkataan yang digunakan tidak sesuai dan dilihat mampu mencetuskan rasa kurang senang.
Adik (panggilan Sasha), tukarlah nama jamu tu, tak mahulah Jamu Fefek.
Adik janganlah buat benda yang boleh trigger orang.
Sebagai anak, Sasha akur dengan permintaan ibunya meskipun mengakui produk berkenaan menerima sambutan yang baik daripada pembeli.
Okay nama tu, ramai je beli.
Baiklah. Disebabkan ibu yang nasihat maka kita kenalah tukar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan cadangan nama baharu untuk produk tersebut.
Dalam masa sama, terdapat segelintir warganet meluahkan rasa kurang selesa dengan nama asal produk jamu itu yang didakwa bersifat sensitif untuk dikomersilkan.
Sumber: Threads








