

Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz, meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang pengguna media sosial yang mencampuri urusan keluarganya.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akan Ganti & Bayar Fidyah, Tak Dapat Berpuasa Kerana Hamil – ‘Kalau Anda Mampu Teruskan’
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Pertahankan Cik Epal – ‘Okay Lagi Dia Jerit, Kalau Saya Dah Panjat Pagar Nak Jumpa Anak’
Kacau anak

Menerusi hantaran di Instagram Story, Sasha memaparkan mesej (DM) yang diterima daripada seorang individu mendakwa anaknya menghidap autisme.
Nak tanya, betul ke Isabella ada mild autisme? Dan awak cuba menafikan perkara itu?
Tidak hanya itu, individu sama turut menegur kuku Sasha yang dikatakan sudah panjang.
Potong kuku lah sister, kotor.
Enggan berdiam diri, ibu kepada tiga cahaya mata itu menasihati individu terbabit supaya tidak mengganggu anaknya.
Si polan ini cakap anak saya ada mild autisme. Saya bab anak jangan sentuh, nak cakap anak saya austime?
Hello, nak cari fasal bukan dengan anak saya, anak saya tak salah. Anak saya normal dan dia tak kacau pun hidup awak. Lepastu kau kacau kuku aku pula.
Jangan kacau hidup anak saya dan jangan kacau hidup saya.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

