

Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz tampil mempertahankan pempengaruh Cik Epal berikutan bekas suaminya, Jofliam didakwa menghalang daripada bertemu dengan anak-anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Han, Yuki..Mama Ni’ – Cik Epal Jerit Depan Rumah Jofliam Panggil Anak-Anak, Dakwa Dah 3 Bulan Dihalang Berjumpa?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Umum Hamil Anak Ketiga Selepas Keguguran – ‘Rezeki Yang Paling Bermakna Untuk Kami’
Jangan pisahkan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), sebagai seorang ibu Sasha berkata, dia akan berjuang berhabis-habisan andai berada di dalam situasi yang sama seperti Cik Epal.
Okay lagi dia jerit, kalau saya dah panjat pagar nak jumpa anak.
Ibu dan anak susah untuk dipisahkan. Allahu, sakit beranak sampai bila-bila takkan hilang.
Perasaan seorang ibu

Dalam masa yang sama, Sasha juga kecewa dengan kesan buruk yang diterima oleh anak-anak mereka berikutan tindakan Jofliam itu.
Sudah-sudahlah nak pisahkan anak dari ibunya dan jadikan anak sebagai mangsa keadaan.
Sementara itu, ibu kepada dua orang anak tersebut menasihati Cik Epal agar sentiasa tabah menjalani ujian yang berat.
Tetap kuat Cik Epal.
Dari seorang ibu untuk seorang ibu.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud meluahkan kerinduan terhadap anak-anaknya, Han dan Yuki kerana mendakwa sudah tiga bulan tidak berpeluang untuk bertemu mereka.
Cik Epal turut berkongsi tindakannya ketika hadir ke rumah bekas suami selepas mendakwa dihalang daripada bertemu dengan anak-anaknya.
Sumber: IG Sasha Abdul Aziz








