
Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz memberikan pandangannya tentang perancangan keluarga.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Berpantang Cara Tradisional Untuk Anak Ketiga – ‘Sebab Badan Nak Pakai Lama’
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Syukur Selesai Khatam Al-Quran Sebelum Bersalin Anak Ketiga – ‘Memang Mengaji Untuk Idris’
Merancang keluarga
Menerusi hantaran di TikTok, Sasha menjawab pertanyaan warganet berkenaan pasangan suami isteri yang memilih untuk mempunyai ramai anak sedangkan tiada kewangan yang kukuh.
Menurut Sasha, dia memilih untuk tidak menambah bilangan anak meskipun mampu dari segi kewangan.
Pada pendapat saya, saya akan merancang.
Jadi walaupun kewangan kukuh tapi cukuplah sekadar tiga orang anak sahaja, saya nak ‘tutup kilang’.
Pendapat Sasha
Tambah Sasha lagi, jika suami dan isteri gagal merancang keluarga pastinya berlaku pengabaian terhadap anak-anak, malah akan terlalu bergantung terhadap bantuan.
Sekarang semuanya mahal dan anak adalah amanah kita, kita nak kena sekolahkan dia, besarkan dia dengan cara yang bagus dan semuanya bermula di rumah.
Kalau kita tidak berkemampuan tetapi anak ramai takut nanti kita akan terlalu mengharapkan bantuan orang.
Anak-anak pula akan dibesarkan dalam keadaan stres, tidak terurus dan terbiar.
Justeru, Sasha menasihati supaya setiap pasangan suami isteri perlu merancang keluarga dengan baik agar tidak membebankan mereka di kemudian hari.
Bagi saya, rancanglah elok-elok terutama bagi mereka yang tidak berkemampuan dan jangan sampai menyusahkan diri awak sendiri.
Sumber: TikTok