berita

[VIDEO] Sasha Abdul Aziz Dedah Sebab Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu – ‘Nampak Kaya Bawa Mercedes, Rupanya Suami Orang’

December 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

sasha aziz lelaki melayu

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz mendedahkan mengapa tidak memilih lelaki Melayu sebagai pasangan hidup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kisah Abang Tesla Buat Saya Teringat Kenapa Tak Kahwin Lelaki Melayu’ – Sasha Abdul Aziz

Pengalaman buruk

sasha aziz lelaki melayu

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sasha berkongsi pengalamannya menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki Melayu.

Saya ada pengalaman buruk dengan lelaki Melayu. Cinta pertama saya..saya telah dicurangi. Masa tu saya muda lagi baru umur 17 tahun. Saya dapat tahu dia ada hubungan dengan seorang perempuan dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menurut Sasha, pengalaman lalu telah menjadikan dia serik untuk bercinta dengan lelaki Melayu kerana mendakwa segelintir mereka mempunyai sikap yang kurang baik.

Yang kedua, masa tu umur saya 21 tahun..jadi pramugari. Konon-konon nak laki kaya dan dapatlah lelaki tu. Dia ambil saya dekat lapangan terbang, nampak kaya bawa Mercedes, wangi, kacak..dah berapa bulan kawan rupanya suami orang.

Yang ketiga, kalau perasan..lelaki Melayu ni bila perempuan lalu walaupun tak seksi dia orang mesti akan tengok kita macam tak pernah tengok perempuan. Dia orang ni pun sikit-sikit suka nak ajak balik rumah. Itulah pengalaman bercinta dengan lelaki Melayu, sebab tu kahwin dengan ‘foreigner’ (warga asing).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Sasha dan ada yang turut berkongsi pengalaman sama.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang menyatakan tidak semua lelaki Melayu mempunyai sikap yang buruk kerana ianya bergantung kepada individu itu sendiri.

Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama Daily Doseof Liu yang dipercayai berasal dari Australia. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.

@sashaabdaziz2

Inilahhh full story… #gossipgirl #malay

? original sound – Bubblicioushq – Bubblicioushq

Sumber: TikTok Sasha Abdul Aziz

SKIP THIS AD ×