Tak dinafikan, kemelut dan kontroversi rumah tangga pempengaruh terkenal Boss Kay dan bekas isteri, Cik Pia sering menjadi perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Bersuka Ria Cuti Sana Sini, Nafkah Tak Ditinggalkan’ – Bekas Isteri Boss Kay Dakwa Perlu Langsaikan Hutang Bekas Suami
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Tak Hadir Ke JPN, Anak Terpaksa Berbinkan 99 Nama Allah – ‘Buat Live, Keluar Dengan Makwe ..’
Terbaharu Cik Pia menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial meluahkan rasa kecewa dengan bekas suaminya yang dikatakan enggan membayar nafkah.
‘Tak mampu bagi nafkah tapi..’
Menerusi potongan video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok menunjukkan, Cik Pia atau nama sebenarnya Nur Sufia Johari tidak puas hati dengan bekas suaminya yang dilihat hidup ‘bermewah’ tetapi tidak memberi nafkah anak-anak dengan alasan ‘tidak mampu’.
Tak mampu nak bagi anak nafkah tapi makan dekat restoran mewah. Makan lobster beb, buat live satu dunia nampak kau makan lobster. Malu lah. Kau cakap dalam mahkamah kau tak mampu bagi nafkah sedangkan kau baru balik dari Thailand. Aku sakit hati tengok.
Meluahkan isi hatinya, Cik Pia berkata membesarkan anak-anak sendirian bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bergelar ibu tunggal demi menyara kehidupannya dan anak-anak.
Walaupun kita ada adik-beradik, mak ayah tapi mereka pun ada keluarga. Kita tak boleh mengharapkan orang luar. Kalau adik-beradik kita bagi, Alhamdulillah.
Tapi kalau adik-beradik kita pun susah, tak akan kita nak mengharapkan adik-beradik kita. Takkan kita nak harapkan belas ehsan jadi kita sendiri kena usaha.
Sementara itu, Cik Pia berharap agar para wanita yang melalui nasib yang sama dengannya diberi kekuatan untuk menempuhi kehidupan malah mendapat pembelaan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Sekadar info, Boss Kay pernah mendirikan rumah tangga bersama Nooraini Noni dan Cik Pia. Hasil perkahwinan tersebut, Boss Kay dikurniakan empat orang cahaya mata namun perkahwinan kedua-duanya berakhir pada Mac lalu.
Tak lama selepas itu, dia berkahwin untuk kali ketiga dengan seorang pelakon dan pengacara iaitu Tash Yong.
Sumber: TikTok