berita

‘Satu Kerja Pula Pengurus Pentas Kena Jaga’ – Penerbit Akui Iqram Cuba Naik Pentas Berkali-Kali

February 14th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Kemeriahan persembahan Altimet pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad lepas memang cukup menghiburkan sehingga membawa pulang trofi persembahan terbaik. Apa yang menjadi isu adalah luahan Altimet yang mengatakan dia tidak senang dengan tindakan Iqram Dinzly yang cuba-cuba naik pentas ketika gilirannya.

Artikel berkaitan: Nasib Baik Iqram Dinzly Tak Naik Stage Masa Persembahan Altimet, Kalau Tidak…

Perkara itu diakui sendiri oleh pihak produksi TV3 yang mengatakan pelakon Dunia Baru itu ada membuat beberapa percubaan untuk mengganggu proses persembahan peserta yang bertanding pada malam itu.

Beberapa kali cuba ceroboh

Penerbit Eksekutif AJL, Nurhul Huda Khalid berkata, pihaknya menerima kejutan apabila Iqram Dinzly beberapa kali membuat cubaan bagi menceroboh ketika Altimet mempersembahkan Amboi Amboi Amboi.

Kehadiran Iqram bukan dalam perancangan kami atau sengaja kami buat gimik. Saya sendiri terkejut selepas diberitahu oleh pihak pengurus pentas bahawa dia cuba naik ketika persembahan Altimet tapi berjaya dihalang kerana perkara itu dikhuatiri menjejaskan pertandingan.

Satu kerja pula dia (pengurus pentas) kena jaga Iqram sepanjang persembahan Altimet itu untuk memastikan hasratnya naik pentas dapat dielakkan.

Namun, Iqram berjaya akhirnya meloloskan diri ke pentas ketika juara, Hael menyanyikan persembahan akhir selepas diumumkan menjadi juara. Ketika itu,menurut Nurhul Huda, pihaknya terlalu sibuk sehingga terlepas pandang perkara itu.

Doa Altimet untuk Iqram

Terbaru, Altimet membuat posting di Instgramnya mendoakan Iqram supaya dijauhkan daripada segala penyakit dan kecelakaan menimpa aktor itu.

Aku doakan bro aku ni dijauhkan dari sebarang penyakit, kecederaan dan kecelakaan. Aku doakan beliau jadi orang yang baik, soleh, sihat dan kuat imannya.

Segala benda baik yang aku dapat aku doakan dia dapat berlipat kali gandanya. Amin.

Altimet juga sempat menukilkan bait-bait tulisan ditujukan kepada Iqram berkenaan isu itu. Antaranya berkisar adab dan adat yang perlu dipegang tak kira masa atau dengan siapa kita berurusan.

Kita ada adat yang kita nobat,
Kalau kenal tempat kita pasti hormat,
Sama ada kawan mahupun lawan,
Tertib bila duduk beradab masa berjalan,
Masuk kawasan tolong bagi salam,
Tunggu diluar kalau tak dijemput kedalam,
Kenal tinggi rendah langit beza siang malam,
Jangan main api kalau takut tercucuh palam.

Sumber: Mstar , Altimet

The following two tabs change content below.

Most Read Today