berita

‘Satu Muka Berlumuran Darah, Duit Habis Berbelas Ribu’ – Ibu Kongsi Penderitaan Anak Hidap Ekzema

January 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kesihatan & Hidup Aktif

Masalah kulit sensitif iaitu ekzema sering menyebabkan ketidakselesaan pada pesakit. Bahagian tertentu kulit akan menjadi kemerahan, bersisik, kering dan gatal sehingga melecet. Malah, sesetengah kulit pesakit akan mengalami pendarahan juga.

Di Facebook, Harlinda Halim berkongsi kisah mengenai anaknya iaitu Ku Muhammad Daffa Iman yang menghidap penyakit tersebut. Menurutnya, penderitaan tersebut bermula sejak umur anaknya berusia 9 bulan lagi.

Sangat gatal dan cepat merebak

Meh saya nak kongsi satu kisah. Ini kisah saya dan anak saya yang keempat, seorang #eczemafighter. Saya ada 5 orang anak. 4 lelaki dan 1 perempuan. Alhamdulillah semuanya comel-comel dan bijak belaka. Anak keempat saya adalah seorang budak lelaki yang mana asalnya semasa lahir dia adalah seorang bayi yang normal, sangat comel dan putih melepak. Gebu gebasss bak kata orang. Nama anak kami hat sorang ni Ku Muhammad Daffa Iman atau nama panggilannya Porpor.

Tapi nak dipendekkan cerita, semasa umurnya masuk 9 bulan, satu hari ni dia kena ruam kat leher dan ruam ni luar biasa sikit. Sebab ruam ni nampak sangat gatal dan cepat betul merebak. Saya pun beli macam-macam krim sapu nak legakan gatal dia. Cuma tak bawa jumpa doktor sebab nak elakkan dari gunakan steroid kat anak. Sebab dah tau dah side effects steroid. So saya memang elak dari awal. Masa tu saya ingatkan penyakit ekzema ni macam penyakit kulit biasa. Maksudnya ianya boleh berlalu pergi dengan cepat dan terus sembuh dalam masa yang singkat. Rupanya saya silap besar.

Setelah saya sapu macam-macam krim yang saya beli melalui online & juga di farmasi, “ruam” anak saya semakin merebak dan jadi teruk. Kulit lehernya terkopek dan merekah. Dia punya gatal sampai dia garu kawasan leher tu hingga berdarah-darah. Scary sungguh saya tengok masa tu. Dari ke hari masalah gatal anak saya tu tak sembuh-sembuh malah makin teruk, makin merebak dan juga semakin kronik. Sampai tahap saya sapu apa pun langsung tak berkesan. Dan anak saya asyik menangis melalak non stop siang malam.

Kawal makan dan berhenti sapu ubat

Malam langsung dia tak boleh tidur. Macam kena histeria dia menangis. Dengan saya-saya sekali mengongoi menangis sebab saya tak tau nak buat apa untuk tolong dia.  Ada sekali ni, saya tinggalkan dia sekejap je tak sampai 5 minit sebab saya dah tak tahan nak buang air. Bila saya keluar je dari tandas, saya tengok dah habis satu muka dia berlumuran darah sebab dia garu. Allahuakbar, hanya Allah Taala je lah yang tahu apa yang saya rasa masa tu. Rasa buntu, bengap, stress, sedih melampau, lost, useless, failed..semua pun ada.

Since saya pun susukan dia dengan susu badan sepenuhnya, saya terpaksa kawal makan. Saya sendiri jadi takut gila nak makan semua benda. Nak makan apa pun saya tak tau. Since dah terlalu stress sebab berbulan-bulan hadap situasi yang sama, satu hari saya decide untuk stop sapu segala jenis ubat dan krim yang dibeli. Saya buat research dan pembacaan macam orang gila. Saya consult orang sana sini. Saya tanya kawan-kawan yang ada masalah yang sama.

Barulah saya faham akhirnya. Ekzema ni bukan penyakit kulit biasa-biasa rupa-rupanya. Ianya adalah penyakit yang “luar biasa” yang dah jadi penyakit biasa dikalangan anak-anak kecil zaman sekarang. Kalau saya nak ceritakan semua sekali memang akan jadi sangat-sangat lah panjang posting saya kali ni. So saya share yang ringakasannya sahaja buat masa ni. Setelah berhabis duit berbelas ribu ringgit beli macam-macam ubat dan buat macam-macam rawatan termasuklah ruqyah, I finally decided to take the matters into my own hand.

Petua legakan kegatalan ekzema

Dari keluar duit beli ubat kat farmasi, saya decide untuk bancuh sendiri ubat sapu ekzema untuk anak saya. Kebetulan masa saya mengandungkan anak saya 7 bulan, saya pernah pergi belajar buat sabun handmade sebab nak buat bisnes sabun dari rumah. Dan bertitik tolak dari ilmu pengetahuan buat sabun tulah, saya tahu serba sedikit cara nak buat sabun & juga krim khas untuk masalah kulit ekzema.

Meh saya nak kongsikan dengan mommies petua mudah nak stopkan rasa gatal ekzema yang melampau tu dengan bahan dari dapur jeee iaitu oatmeal. Mommies perasan tak? Bila nak masuk waktu maghrib je. Nanti kulit anak menjadi-jadi gatal. Kalau ada yang macam ni, mommies boleh lah cuba petua saya ni. Cepat dan berkesan tau untuk hilangkan rasa gatal tengah malam tu.

Sebab, saya sendiri selalu buat kat anak saya. Bila setiap kali dia gatal tengah malam tak boleh tidur. Saya memang laju laju mandikan dia dengan oatmeal ni. Lepas mandi dengan oatmeal baru nampak dia bertenang dan boleh tidur. Mandian oatmeal tersangatlah bagus dan berkesan dengan cepat dalam melegakan kegatalan dan keradangan ekzema.

Bahan dan cara untuk menghilangkan ekzema

Bahan-bahan yang mommies perlukan adalah:

  • Rolled oats. Sebaiknya cari Organic Rolled Oats. Rolled oat tak ley dimakan oleh pesakit ekzema. Nanti usus terbeban dengan gluten yang ada dalam oat. Boleh untuk mandian luaran sahaja. Guna rolled oat yang tiada campuran bahan lain. Elakkan guna minuman atau makanan oatmeal 3 in 1 yang ada susu dan gula.
  • Stoking. Gunakan sarung kaki yang bersih. Boleh juga gunakan “organza bag” yang biasa kita letak telur pengantin tu.
  • Air suam. Jangan guna air panas. Ekzema tak sesuai air panas. Nanti mengeringkan lagi kulit ekzema dan menerukkan lagi kegatalan.
  • Bath tub. Selain bath tub. Boleh juga guna besen besar yang bersih.

Cara-caranya adalah:

  • Ambil segenggam rolled oat dan letakkan di dalam stokin.
  • Rendamkan stokin tadi 3 ke 5 minit di dalam besen besar atau tub mandian anda sampai air berubah warna putih susu.
  • Rendam badan anda beberapa minit dan siram badan anda dengan air rendaman oatmeal tadi.
  • Kemudian picit-picit stokin bagi mengeluarkan lendir oat. Lendir oat ini boleh disapu pada bahagian yang sedang gatal dan merah keradangan.
  • Selepas itu, tak perlu bilas dengan air biasa. Biarkan ia kering di badan.

Wajib tekan button share atau tag parents lain yang ada anak ekzema juga lepas baca posting ni ye. Kita nak lebih ramai lagi mak ayah tahu petua ni & dapat aplikasikan ilmu berharga ni demi anak kesayangan. Semoga bermanfaat!

Sumber: Harlinda Halim

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×