berita

‘Satu Yang Pasti, Ashraf Disayangi’ – Muat Naik ‘Rumah Terakhir’ Abang, Aishah Sinclair Undang Sebak

February 19th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sebagai salah seorang keluarga terdekat allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah antara orang yang paling terasa dengan kehilangan abangnya. Sebaik mendapat tahu berita duka tersebut, Aishah dan keluarga terus terbang ke Jakarta untuk menghadiri pengebumian.

Tidak dapat digambarkan perasaan yang dihadapi, Aishah berterima kasih dengan sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan orang ramai kepada mereka terutama sekali kepada Bunga dan Noah.

Ashraf sangat disayangi

Final resting place.
Thank you so much to everyone who reached out, called, flew all the way. This has been one of the toughest days my family has ever gone through, your love and support means a lot to us. And proved that one thing is for sure, Ashraf was loved. Tremendously.

Tempat rehat abadi. Terima kasih semua yang bertanya khabar, telefon dan terbang ke sini. Ini merupakan detik yang paling sukar untuk keluarga saya lalui. Sokongan dan kasih sayang anda semua sangat bermakna bagi saya. Dan ini membuktikan satu perkara, Ashraf sangat disayangi.

Hari cukup menyedihkan

Bercakap kepada Berita Harian, Aishah melalui pesanan di Whatsapp memohon maaf kerana lambat memberi respon. Dia menyatakan masih terkejut dan sangat berduka dengan pemergian abang tersayangnya itu.

Hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga.

Maaf lambat balas (mesej). Hari yang cukup menyedihkan serta sukar buat saya dan keluarga.

Kehilangannya memberi kesan yang teramat dalam buat saya dan keluarga.

Ashraf Sinclair selamat dikebumikan selepas Asar di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat. Difahamkan, jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan menggunakan kenderaan jenazah dari rumah duka di Pejatenm Jakarta Selatan sekitar jam 2 waktu tempatan.

Perjalanan penuh hiba tersebut disertai beberapa buah pengangkutan lain membawa keluarga dan saudara mara. Keluarga Ashraf yang berangkat dari Kuala Lumpur tiba di Jakarta sekitar tengah hari dan sempat bersama sehingga dikebumikan.

Sumber : Berita Harian, Aishah Jennifer

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×