Pelakon, Kamal Adli mengakui telah melakukan pelbagai usaha untuk menambat hati isterinya, Uqasha Senrose demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Masih Sayang Rumah Tangga, Tak Sangka Berakhir Di Mahkamah – ‘Saya Tak Gembira Sampai Sini’

Beri telekung

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, mendedahkan telah menghadiahkan Uqasha sepasang telekung sebagai tanda usaha memulihkan hubungan mereka.

Pun begitu, pelakon filem Isteri untuk dijual itu berkata dia tidak melakukan pujukan secara berlebihan kerana menerima surat arahan daripada peguam Uqasha untuk tidak berjumpa dengan anak guamnya.

Saya ada bagi telekung kepada dia. Tapi saya dapat surat yang mengatakan jangan ganggu anak guam dia.

Jadi saya hormat untuk cooling period tu. Ha, itu saja. Kalau saya, memang saya nak.

Kamal berkata demikian ketika ditemui usai sesi prosiding kedua tuntutan perceraian Uqasha terhadapnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Hantar surat berbincang

Sementara itu, peguam yang mewakilinya iaitu Abdul Hadi Mohammad Salleh turut memaklumkan sudah menghantar surat bagi mengadakan pertemuan dengan Uqasha demi mencari penyelesaian kepada masalah hubungan anak guamnya.

Kita ada usahalah. Kita sudah hantar surat untuk ajak jumpa secara personal.

Terdahulu, prosiding perceraian antara Uqasha dan Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa terpaksa ditangguhkan selepas peguam yang mewakili pihak aktres itu dilaporkan telah menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut.

Menurut Abdul Hadi, prosiding berlangsung secara sebelah pihak memandangkan tiada wakil baharu hadir bagi pihak Uqasha.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.