
Pelakon, Andy Teh mengakui berdepan kesukaran untuk membaca tulisan Cina meskipun dirinya berbangsa Cina.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andy Teh Nafi Bercinta Dengan Chacha Maembong – ‘Dalam Fasa Berkenalan, Dia Ada Ciri-Ciri Wanita Yang Saya Suka’
Tembus industri Melayu

Andy atau nama lengkapnya Andy Teh Kim Huat, 41, berkata, kekurangan tersebut menjadi antara cabaran yang dihadapinya ketika mula-mula menceburi industri hiburan Cina.
Saya bukan orang Melayu dan tidak juga beragama Islam, tapi gembira dapat menembusi industri Melayu.
Kalau boleh saya imbas semula, awal pembabitan sebagai anak seni saya masuk industri Cina dahulu. Tapi saya ada satu masalah iaitu tidak pandai baca tulisan Cina.
Andy berkata demikian ketika ditemui pada Program Pesona Sinema sempena Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Andy mengakui penguasaan bahasa Melayu juga bukanlah sesuatu yang mudah buat dirinya ketika mula-mula melangkah ke dunia lakonan.
Namun, dia mengambil inisiatif untuk memperbaiki penguasaan bahasa tersebut kerana menyedari kepentingannya dalam usaha mengembangkan kerjaya sebagai anak seni.
Saya bersekolah di sekolah kebangsaan, ketika itu penguasaan bahasa Melayu saya tidak kuat, tetapi masuk sahaja dalam industri saya perlu letak sasaran dan fokus.
Saya kemudian mula belajar bahasa Melayu, latih diri, pemahaman tentang bahasa Melayu. Kerana saya ada misi saya dalam industri ini, saya tahu apa saya nak.








