
Ucapan yang disampaikan oleh penyanyi dan komposer terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dhani ketika majlis resepsi anaknya, Al Ghazali baru-baru ini telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Al Ghazali Sah Milik Alyssa Daguise Dengan Satu Lafaz
Artikel Berkaitan: Majlis Bersiram Anak Sulung Satukan Ahmad Dhani, Maia Estianty & Mulan Jameela
Rasa syukur
Menerusi sebuah video tular, Ahmad Dhani mengucapkan rasa syukur kerana bekas isterinya Maia Estianty bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang lebih baik daripada dirinya.
Tidak hanya itu, anggota kumpulan Dewa 19 tersebut turut mengatakan bahawa dia bahagia dikurniakan isteri, Mulan Jameela dan anak-anak selepas perceraiannya.
Saya pun bahagia hari ini bukan sahaja kerana Al. Tapi kerana ibu Al yang juga bahagia kerana mendapat seorang suami yang jauh lebih baik daripada saya.
Saya juga bahagia hari ini kerana saya mempunyai isteri dan anak-anak yang baru selepas Al, El dan Dul.
Sampai ke hari ini mengapa semuanya tentang saya? Tapi tak mengapa.
Ucapan spontan itu mendapat tepukan daripada tetamu dan ternyata telah mengejutkan juga menantunya yang merupakan model dan pempengaruh, Alyssa Daguise.
Nasihat seorang bapa
Dalam masa yang sama, komposer berusia 53 tahun itu menitipkan nasihat untuk anak dan menantunya supaya sentiasa menjadikan agama sebagai pegangan utama dalam melayari bahtera rumah tangga.
Buat Al dan Alyssa, belajarlah banyak tentang agama kerana semua persoalan boleh diselesaikan dengan agama.
Awak berdua beragama Islam, maka jadikanlah hukum Islam dan fiqah Islam sebagai rujukan. Ketika kalian mempunyai masalah yang berat, kembalilah kepada Al-Quran dan hadis.
Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani pernah mendirikan rumah tangga pada 1996 sebelum bercerai pada 2008 yang dipercayai berpunca daripada orang ketiga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.
Ahmad Dhani kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Mulan pada tahun 2009 manakala Maia bernikah dengan Irwan Mussry pada 2018 di Tokyo, Jepun.
Sumber: TikTok Inilah.com