berita

‘Saya Beli Tiket Konsert Billie Eilish Sebab Anak-Anak Yang Nak’ – Nabil Ahmad

August 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad mendedahkan berdepan kerugian hampir RM3,000 apabila terlepas konsert konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Khamis.

Artikel Berkaitan: Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Terduduk ‘Burn’ Hampir RM3,000 – ‘Allah Nak Jauhkan Dari Perkara Lagha’

Tak perasan tarikh

Memetik laporan Harian Metro, Nabil, 38, menyatakan dia membeli tiket konsert penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia muzik elektropop itu bagi memenuhi permintaan anak-anaknya.

Ya Allah betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak.

Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat.

Allah lindungi kami

Kata pemilik nama Haji Ahmad Nabil Ahmad, dia dan keluarga tidak pernah berkunjung ke konsert dan sepatutnya Billie Eilish menjadi pengalaman pertama mereka.

Sebenarnya saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang dikatakan jauh dari pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu hanya ke pementasan Disneyland bersama anak-anak.

Jadi bila mereka dah besar, saya nak ajak mereka merasai konsert artis antarabangsa. Lagipun ini bakal menjadi pengalaman pertama kami sekeluarga.

Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu.

Dalam pada itu, hos program MeleTOP bersetuju dengan pendapat netizen yang mengatakan dia dan keluarganya terhindar dengan perkara melalaikan.

Itulah ramai yang komen benda itu ‘lagha’ (melalaikan). Saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.

Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah melindungi saya sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×