berita

‘Saya Belum Boleh Makan Nasi, Bergantung Kepada Susu Khas yang Harga Lebih RM100’ – Isma Aliff

January 9th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Sebelum ini, selebriti serba boleh era 80-an, Isma Aliff kritikal dan ditidurkan selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Terbaharu, Isma sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat lalu dan kini dia berada di kediaman ibunya di Ampang Jaya.

Artikel Berkaitan: Alami Jangkitan Paru-Paru & Jantung, Isma Aliff Semakin Pulih Selepas Ditidurkan

‘Belum boleh makan nasi’

Memetik laporan Harian Metro, Isma dan ibunya yang turut terlantar sakit telah menerima sumbangan katil daripada sebuah masjid dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan keadaan mereka.

Menurut Isma, dia masih belum mempunyai tenaga kerana tidak boleh makan secara normal dan hanya bergantung kepada susu khas yang disalurkan menerusi tiub.

Malah, Isma mendedahkan dia sudah boleh bergerak walaupun sukar dan kini sedang menjalani urutan terapi untuk memulihkan strok.

Saya belum boleh makan nasi dan hanya bergantung kepada susu khas yang berharga lebih RM100. Jadi tenaga saya masih belum ada.

Selain itu, saya kena buat urutan terapi untuk pulihkan strok. Saya boleh bergerak tapi agak sukar juga dalam keadaan sekarang.

Saya dah mulakan urutan secara ringan. Insya Allah dengan urutan dan akupuntur mungkin keadaan saya akan bertambah baik.

Difahamkan, adik Isma, Shamsidah yang akan menguruskan segala keperluan abang dan emaknya termasuklah menukar lampin mereka.

Tambahnya lagi, jika dia sibuk ataupun mempunyai urusan, jiran akan datang untuk membantunya.

Segala-galanya saya buat. Kadang-kadang kalau saya tak sempat, jiran akan datang bantu tengokkan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×