berita

‘Saya Bergurau Macam Dekat Rumah’ – Mark Adam Mohon Maaf Gelar Sherry Alhadad ‘Big’

August 19th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Juri program televisyen Big Stage, Mark Adam semalam telah mengundang kecaman ramai selepas memberikan komen menyinggung dan body shaming. Tindakan Mark Adam bergurau mengenai saiz badan pengacara, Sherry Alhadad sebagai ‘Big’ dikatakan tidak profesional.

Menerusi Instagram, Mark Adam membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan situasi sebenar. Katanya, dia tiada sebarang niat untuk menghina.

Maafkan saya, saya menyesal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Assalamualaikum semua, pertama sekali saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage. Saya ni kalau bergurau saya bergurau macam saya dekat rumah, dengan rakan artis dan kawan-kawan. Semalam saya salah. Sebenarnya ayat tu ada sambungan tapi saya tak sempat sambung.

Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak-pihak yang terasa. Saya mohon maaf. Apa yang saya lakukan semalam adalah tidak profesional dan saya akan pastikan benda ini tidak akan berlaku lagi. Maafkan saya. Saya betul-betul menyesal. I’m sorry guys.

Jadikan pengajaran


Sumber : Mark Adam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×