berita

‘Saya Beri Amaran, Hentikan!’ – Berang Dengan Teguran Chef Wan, Nabil Tampil Beri Amaran

November 22nd, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Nampaknya isu antara Nabil dan Profesor Datuk Chef Wan menjadi semakin serius apabila pengacara Gegar Veganza itu memberi amaran kepada chef selebriti berkenaan. Bagi yang tidak mengikuti, baru- baru ini viral video Nabil ‘berang’ ditegur chef itu yang dikatakan cuba menutup periuk nasinya. Susulan tersebarnya video tersebut, Chef Wan tampil memberi respon balas.

Artikel berkaitan: ‘Susah Cakap Dengan Orang Begini’ – Nabil Bengang Ditegur, Ini Respon ‘Sinis’ Chef Wan

Terbaru, Nabil ketika dihubungi Mstar, secara tegas meminta Chef Wan untuk tidak lagi memuat naik status berbaur hasutan di laman Instagram miliknya. Ujar Nabil, tindakan Chef Wan yang melontarkan tuduhan ke atas dirinya sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasi dan karier beliau sebagai duta beberapa produk terkenal.

‘Kata-katanya melampau’

Kata-kata yang dimuat naik di laman Instagram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza (GV).

Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya.

Jelas Nabil, kalau diikutkan, dia tidak mahu melayan tohmahan Chef Wan. Namun peguamnya berpendapat sebaliknya dengan menasihatinya untuk memuat naik video balas sebagai bukti terhadap isu tersebut.

Bukan untuk bergaduh, tapi sebagai bukti

Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi.

Dia minta saya respons bukan untuk bergaduh sebaliknya sebagai bukti kepada klien. Saya perlu menjaga nama baik saya kerana beberapa produk besar yang saya tandatangan meminta penjelasan tentang itu.

Nabil juga merasakan cara Chef Wan mengendalikan isu itu mencerminkan sikap tidak profesional yang hanya menempatkan dirinya sebagai sasaran kecaman netizen. Tegasnya, chef dikenali ramai itu sewajarnya bertemu dengan pihak produksi dan bukannya mengutuk secara terbuka.

‘Saya sekadar menjalankan tanggungjawab’

GV ini sudah masuk musim keempat dan jika dia tidak suka dengan cara saya dia boleh jumpa pihak Astro dan beritahu tentang itu.

Jika dia lakukan dengan cara yang betul saya sendiri akan akur. Dia tidak berada dalam produksi dan tidak tahu perjalanan program realiti televisyen.

Nabil, yang pernah menyandang juara Raja Lawak Musim Ke-2 meluahkan kata-kata negatif itu telah membuatkan dia hilang hormat terhadap chef selebriti berkenaan.

Saya sudah hilang hormat padanya, saya hanya hormat dia sebagai orang tua dari saya sahaja. Dulu saya anggap dia seorang ikon contoh untuk berjaya ke peringkat antarabangsa.

Apa juga restoran yang dia kata sedap pasti saya akan datang cuba (makan). Tapi sekarang maaflah, mungkin tidak lagi.

Apa-apa pun isunya, harap perkara ini akan menemui pengakhiran yang baik. Chill and keep smiling Nabil!

Sumber: Mstar

SKIP THIS AD ×