berita

‘Saya Bersama Palestin’- Model Terkemuka Dunia Luah Rasa Sedih & Geram Dengan Tindakan Donald Trump

December 8th, 2017 | by Ash Nordin
Lensa Insta

Baru-baru ini satu dunia dikejutkan dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membuatkan Jurusalem sebagai ibu negara Israel. Berita itu telah membuatkan ramai tidak bersetuju serta merasakan tindakan Trump melampaui batas.

Selain dari menerima tentangan dari beberapa pemimpin negara, Trump juga dikecam oleh artis-artis terkenal dunia. Salah satunya ialah model popular, Bella Hadid.

Terkenang nasib rakyat Palestin

Sudah lama saya tunggu untuk meluahkan perasaan yang terpendam ini. Hari yang sangat-sangat menyedihkan bila lihat berita dan kesengsaraan rakyat Palestin. Ia membuatkan saya menangis serta memikirkan nasib generasi rakyat Palestin akan datang.

Sangat sebak bila lihat kesedihan ayah saya, saudara, keluarga serta kesulurahan keturunan Palestin membuatkan lebih berat untuk saya menulis. Jurusalem adalah ‘rumah’ untuk semua agama. Bila perkara ini terjadi, saya merasakan kita telah mengambil 5 langkah kebelakang untuk hidup di dunia dengan aman.

Layanan diberikan kepada rakyat Palestine sangat tidak adil dan berat sebelah. Saya bersama rakyat Palestin. Tiada perasaan benci antara satu sama lain. Rakan-rakan baik saya yang menganggap sebagai adik-beradik sendiri merupakan golongan Yahudi. Semua agama saling menyokong, hidup bersatu. Kini, ada hanya ada seorang Lelaki sahaja.. Ia sentiasa menjadi faktor untuk kembalikan semula kedamaian.. Dimana letaknya harapan?

Sumber: Instagram Bella Hadid

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×